Rabu, 31 Julai 2013

JALAN-JALAN DI SHAH ALAM

JALAN-JALAN DI SHAH ALAM


Date: 27/7/2013 - 29/7/2013

Saya dan Mr.Cyg ke rumah kakak ipar http://maszie.blogspot.com/ di shah alam untuk berbuka puasa. Nampak macam rajin sangat kan berjalan..xde la..sebenarnya nak ambil mak. Dah seminggu mak ke rumah kakak ipar. Due date dah sampai ye...

So, saya ambil kesempatan untuk ajak my Mr.Cyg cari 'barang' yang dah lama sangat saya nak cari...
"COAT"
Da habis pusing mencari di kuantan+temerloh...mmg xde la
Di Johor pun camtu gak..
Yang saya berkenan di Johor Premium Outlet (JPO)
Memang cantik..ada 3
pattern pun sgt cantik
yang satu tu brand coach tapi harga after less RM17**.00
2 lagi brand burberry tp harga after less RM3***.00
AFTER LESS...

memang x la kan...
nasib baik ade kakak ipar..
Dia la tolong bawa kami mencari 'barang' ni..

Malam tu kami berbuka puasa di rumah dia.. Tengok tu..bermacam jenis lauk pauk yang ada.. semuanya masak sendiri
Saya tinggal makan je..

Sampai licin pinggan...




Selepas berbuka, kami hantar anak sedara balik ke asrama di shah alam...kesian dia kene duk asrama...
Tapi ye la budak lelaki..
relak je...



Then, kami pergi ke uptown shah alam..
Memang happening..
Makin malam makin berduyun2 orang datang..
yang paling penting
pilihan 'barang' tu pun banyak..
Harga pun sangat berpatutan
kurang dari RM150 (ni yang paling mahal saya jumpa)
Cuma xberkenan sangat..
Cam minah motor je kalu aku pakai ni...
ranggi sangat..





Pintu masuk....gelapnye..xnampak wajah ayu Mr.Cyg..



Dah masuk baru la terang dan nampak kemeriahannya...



Pelbagai jenis topi dan t-shirt yang dijual


Duit raya pun ada...xkira nak berapa "ringgit" pun semua pukul rata..5bungkus RM10...untung oooo

Sedar xsedar dah pukul 11.30mlm dah..perut pun dah berkeriuk minta di isi.. So, kami singgah la kedai ni 

Tengah ambil order



Sekali sampai je air..
OPOCOT...MAK DATOK..OPOCOT...
punya la besar gelas nya..

Air kelapa (yang besar) + air kelapa shake (yang rendah sikit tu)


Lebih dari sejengkal tu..kembung air la jawabnya..


Kerang bakar+berempah = sangat sedap


Kerang rebus separuh masak = sedap jugak (tp saya xmakan)


Satay daging+satay ayam = RM0.70/cucuk
Yang ni saya xnafikan memang sangat2 sedap





Di uptown ni saya beli seluar jeans 'Levi's' RM50
Jaket RM10
Walaupun xori, tapi memang selesa kena dengan harganya..
Patutla orang makin ramai disini...

Sebijik ori kan...Cuma kain jeans ni nipis skit dari yang ori..
Saje nak try..kalu ok, next time boleh beli lagi kan Mr.Cyg???


Jaket =RM10
Kene rajin pilih.. jumpe gak yang cantik


Esok pagi2 sebelum balik ke pahang, saya degil jugak nak pergi Setia city mall dekat je ngan rumah kakak ipar tu..
Saya tetap nak cari 'barang' saya tu la..
Nasib baik mak mertua+Mr Cyg sporting..
Diorang pun layan kan je la...

memang banyak sungguh pilihan di sini..
4jam kami pusing2 dalam bangunan ni..
kesian kat mak..
Dia duduk kat satu tempat je..
sebab da xlarat nak berjalan..








Ni lah hasilnya selepas 4jam memborong.. 
dan saya telah pun dengan rasminya membeli COAT yg paling cantik ni..
xtahu la nak panggil coat@jaket... di butik ZARA
dan kasut crocs sepasang dengan Mr.Cyg..
"Sorry, limited edition jadi xleh nak post ye...xsurprise la kan..."





Dah banyak habiskan duit kat sini, dia kasi sampul duit raya....bijak2


Sepanjang perjalanan pulang ke pahang, memang xlekangla senyuman di bibir saya ni...
yang peliknya saya pun xtahu kenapa xboleh berhenti dari tersenyum....

Bye  Shah Alam...




Sabtu, 27 Julai 2013

BANJIR TERUK.....


Tiba-tiba hari ni Mr.Cyg ajak saya pergi shopping di Kuantan. Saya jadi pelik...ye lah, kalu xkerana ada urusan di Kuantan xde maknanya nak ajak pergi ke Kuantan. Sebab kuantan tu jauh jugakla dari rumah..lebih kurang 1 1/2 jam br sampai ke bandar kuantan. So, ikutkan je la..Sesampainya kami disana, Mr.Cyg bawa saya ke bazar pakaian yang sememangnya setiap tahun kami akan round untuk cari baju raya. Tapi masalahnya tahun ni saya memang xde hati nak cari baju raya sebab dah cukup pasang dah baju untuk raya tahun ni beli di vietnam. Tapi layankan je lah...

Habis kami ronda2, tiba2 Mr.Cyg ajak saya ke temerloh pulak untuk jalan2 di bazar sana.. Kepelikkan saya makin bertambah...Saya tanya "Syg ok ke x ni? cam pelik je"..
Dia kata "Ok, mood tengah baik ni.. nak g ke x?"
Seperti org mengantuk disorongkan bantal, so saya bersetuju sahaja sedangkan ke temerloh tu dah lalu rumah kami sebab lokasi rumah kami ni tengah2 antara bandar temerloh dengan kuantan.

Setibanya kami di sana terus ke bazar untuk beli makanan. Sambil jalan tu Mr.Cyg berbunyi lagi ajak saya ke Kuantan semula. Dia nak bawa saya cari barang katanya..Saya bertambah pelik dan xbersetuju sebab saya xnak berjumpa malam br sampai rumah. Takut apa2 ditengah jalan. Ye la, waktu malam jalan bukannya nampak sangat.. Beria2 dia ajak sampai merajuk sebab saya xnak...
Sambil tu, saya membebel la jugak sebab tadi xnak cari sekali. Then, da tahu camni, patutnya xyah la ke Temerloh ni...
Aduuuh...


Sambil berbincang, kaki terus melangkah menuju ke parking kereta....
Tiba-tiba kaki mencecah air.....
Hati dah start berdebar...
Mr.Cyg terus menuju ke tempat parking kereta tapi xdibenarkan...
Tempat tu dah ditutup..
Sebab air dah MELAUT...
Oleh kerana parking kereta tu berdekatan dengan sungai, paras air naik dengan tiba2 membanjiri tempat parking tersebut..
Apa yang saya boleh nampak, kereta2 di situ berenang2 sendirian xtentu arah melanggar antara satu sama lain...

Selepas beberapa minit, air surut dengan sendiri...
Kawasan tersebut masih lagi dikawal..
tp Mr.Cyg tetap berdegil nak cari keretanya tapi xberjumpa..
Saya cuba menenangkan Mr.Cyg..
walaupun dalam hati, terdetik jugak camna nak raya ni..
YA ALLAH, BERATNYA DUGAANMU..
sambil tu terfikir jugakla.. boleh cover insuran ke camni??

Dari jauh kami nampak air naik semula memenuhi ruangan tersebut sedikit demi sedikit..
Memikirkan nyawa lebih berharga dari kereta, kami berlari sehabis tenaga menuju ke tempah yang lebih tinggi..
Org ramai berkumpul di satu tempat turut merisaukan keadaan kereta mereka yg confirmnya total loss.
Mr.Cyg memandang saya tanda xpuas hati..
ye la, sebab dia dah ajak saya ke Kuantan tapi saya yg xnak..
"Yela, n cuma xnak susahkan sayang je.." saya bergumam sendirian..
Saya nampak Mr.Cyg menangis dalam diam..
xtentu arah..
Sbnrnya, ikutkan hati saya nak je meraung tapi saya cuba sabarkan diri..
pada masa ni, Mr.Cyg lebih memerlukan kekuatan..
Saya cuba tenangkan dia dan memberi cadangan utk call abg ipar minta pertolongan.



Telefon berdering membingitkan telinga 
Xsemena2, saya terkejut dari tidur...
tengok sekeliling..
masih dalam bilik...
La...rupanya mimpi saja..
saya beristighfar banyak kali..
Dan bersyukur itu semua hanya mimpi..

Br nak redakan debaran dada..
Tiba2 saya kembali berdebar sebab tgk jam dah pukul 6.30a.m..
ALLAH, Ya Ampun...kami terlajak untuk sahur..
Saya kejutkan Mr.Cyg disebelah..
"Nak sahur da ke sayang?" soalnya sambil menggosok2 mata
"xla bangun untuk solat subuh..sorry la sayang..N terlajak waktu xsedar sahur." saya menjawab dengan wajah xbersalah sambil berlalu ke bilik air..


Selasa, 23 Julai 2013

SHOPPING RAYA

SHOPPING RAYA

Selepas 2minggu berpuasa
Cuti hujung minggu ni kami ambil kesempatan untuk membeli barang2 keperluan untuk raya..
Sebelum pergi, kami berbincang dan senaraikan brg2 yang bakal untuk dibeli..
xde brg untuk saya pun..
Semuanya barang untuk Mr.Cyg..
Org lelaki...kalu xkena paksa beli xde maknanya nak membeli.. 
Tahun ni saya dah start prepare brg2 raya saya sedikit demi sedikit dari awal tahun lagi..
xsusah pun..

"Baju2 raya dah siap beli masa pergi ke vietnam akhir tahun lepas
Tudung2 raya provided from my sister
sbb dia memang jual tudung..cantik2 dan senang nak match dengan baju..order je colour ape yang kita nak, then nti tinggal bayar je...
Kasut raya tajaan ayahanda beli bulan lepas lagi.. tp kalu nama ayah yang taja xlepas la jenama lain ni melainkan bonia je yg lulus."

So, pukul 11.00pagi, kami pun keluar menuju ke kuantan, pahang..
 Tahu je la hari minggu
Jalan mmg sesak la kan..
kereta pun payah nak parking...
Tapi oleh kerana semangat nak bershopping..
redah jugak la kan...


Siap2 untuk bershopping.....tgk muka tu..ceria je..


Mr.Cyg sabar menempuh kesesakkan jalan


Shopping time : 

Kompleks Teruntum





The Store Kuantan Parade




Parkson Megamall


Berbuka puasa di KFC je..ini pun hampir2 xdpt tempat duduk



Sambung shopping


East Coast Mall
Jgn xtahu pada masa ni kedai dlm ECM ni dah tutup..
Booth di ruang legar pun dah berbungkus..
So, kami bergambar je la sambil pusing2...





Sebelum balik, kami singgah food court di Indera Mahkota untuk mengisi perut...



Muka kepenatan Mr.Cyg tp sebenarnya dalam hati gembira sgt2 agaknya sebab dapat brg2 yg dicari


Alhamdulillah...
Dapat juga semua brg2 yg disenaraikan..
Tahun ni mmg lbh byk pilihan berbanding tahun lepas..
Mungkin sebab warna tema tu mengena atau tahun ni mmg byk stock..
  
so, da boleh wish

"SELAMAT HARI RAYA TO YOU DEAR"


CANDLE LIGHT IFTAR BERSAMA SUAMI

CANDLE LIGHT IFTAR BERSAMA SUAMI TERSAYANG


Oleh kerana dah 3hari kami ni susah nak berbuka sama
sbb seorang sibuk menghadap thesis dan seorang lagi sibuk dengan kerjanya sampai xingat nak masuk rumah walaupun dah masuk waktu berbuka
So, hari ni saya plan nak ber candle light iftar bersama Mr.Cyg..

5ptg: saya start masak untuk juadah berbuka puasa
6ptg: saya call Mr.Cyg suh balik cepat sebab malam ni malam special.. 
6.30ptg: Siapkan persalinan untuk Mr.Cyg
7.15ptg: Saya+Mr.Cyg dah ada di meja menunggu waktu berbuka puasa

Alhamdulillah...hari ni dapat juga kami berbuka bersama-sama dlm keadaan yang tenang..

Dah nama pun "candle light" mesti nak ada candle..

Mr.Cyg sedang menunggu dengan penuh kesabaran

Posing dulu sblm makan
Punyalah bersemangat...


Dan.............
Bismillahirrahmanirrahim....






Senarai lauk yang saya sediakan untuk berbuka

Kobis cinta hati

Udang goreng rindu



Ikan patin lautan cinta tempoyak king


Dan selepas makan, kami sama2 gotong royong membersihkan meja makan
Saya basuh pinggan
Hubby....



Kena lap meja....



Alhamdulillah sempurna ibadah puasa kami pada hari ini...
Semoga esok kami dapat berpuasa lagi sempena bulan yang penuh barakkah ini...



Ahad, 21 Julai 2013

BIRTHDAY MAMA TERSAYANG

BIRTHDAY MAMA TERSAYANG

Hari sabtu minggu lepas (13 Julai 2013),
Saya + Mr.Cyg balik ke kampung saya di JOHOR..
SERONOKNYA...

Sepanjang perjalanan,
saya bernyanyi riang..
Ye la.. balik kampung..
sapa yang xgembira kan..

Kebetulan esok adalah special day for my luvly mom
Saya & adik beradik yg lain mmg da plan something untuk buat kejutan..
Kebetulan juga kawan-kawan adik (http://darihatibella.blogspot.com/ )ramai datang untuk memeriahkan majlis..

Selepas berbuka puasa,
mama sibuk melayan para tetamu yang dtg..

TIBA2...
tuppppp.....
Lampu terpadam..

Then, kami sama2 menyanyikan lagu birthday untuk mama tersayang 
Sambil ayah membawa kek untuk isteri tersayangnya..
yang ke-51

So sweeeetttt....

Layan gambar ye..


Mama bersama cucu2 kesayangannya yang tolong 'memeriahkan' majlis...
Zuhairah, Amin Amsyar dan Aisyah...
Semua sibuk nak 'tolong' potong kek..




Kek from Secret Recipe..
Pelikkan kenapa kek ni xsama..
Saja beli 2 perasa yang berbeza..
Original idea came from Bella..



Ini la adik beradik saya..
Semua dah berkahwin..
Cuma yang adik bongsu (lelaki) xkahwin lagi..
katanya 3tahun lagi..






 tetamu2 yang telah memeriahkan majlis..
Ni waktu mereka semua nak bertolak balik..
xsempat nak snap gambar sebab sibuk bergosip2 dengan mereka semua...
Gembira sangat..
Bila la kita nak dapat kumpul lagi seperti ini kan..





WAJAH KESAYANGAN SAYA...