Rabu, 4 Disember 2013

TRIP: GOLD COAST- DAY 3

GOLD COAST - PARADISE COUNTRY (DAY 3)

Masih lagi dalam mood cuti-cuti di GOLD COAST... Daripada hari pertama sampai ke bumi Australia mama asyik sebut nak main dengan kangaroo dan koala.. 
"Kalau xdapat jumpa haiwan ni kira xnama ke Australia"...

Aduusss, kat mana pulak aku nak mencari haiwan2 peliharaan ini..
Selepas buat sedikit research, saya suggest pada mereka untuk pergi ke "PARADISE COUNTRY" yang terletak berdekatan dengan Movie World, Australian Outback  dan Wet'n Wild area (bas yang sama TX2). Oleh kerana kami ni menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, maka terpaksala berjalan kaki menuju ke tempat tersebut sejauh 1km sambil menikmati pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan kuda, kambing biri2..
Setibanya kami di sana, memang ngam2 waktu persembahan sedang di buat dimana pekerja-pekerja menunjukkan kemahiran anjing mereka memberi arahan pada biri2 dan lembu, bermain bomerang, dan lain-lain. Selepas tamat show, kami ke tempat kanggaroo dan koala dimana kami dapat bermain sendiri dengan mereka. Beli makanan $1 dan boleh beri mereka makan. Ada makanan yang free tp haiwan ni cam tak berminat sangat.. Cuma wrong timing je.. Mereka da kekenyangan sebab masa tu da tengahari.. Mereka baru saja di beri makan. Layan gambar k..
Tip lagi: kalu datang sini, bawa bekal air dan makanan sendiri sebab air dan makanan mahal kat sana.. Diorang tak check beg pun..

  

 Berjalan menuju ke tempat bas

 1st couple from Malaysia yang kami jumpa.
Honeymoon di Gold Coast.. Bestnya...

Ini la bas ke Movie World, Wet'n Wild, dan Paradise Country


bergambar kenangan di dalam bas


 Paradise Country ni terletak di belakang Australian Outback ni..

 Tgk tu.. tertera ENTRY & PARKING 1KM...
Jalan kaki la jawabnya..


 Gambar belakang tu adalah tempat Wet'n Wild.. Kami xjoin sebab semua orang tak minat AIR lebih2 lagi Mr.Cyg saya..


Dalam perjalanan menuju ke Entrance, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik dan haiwan2 peliharaan mereka


 Akhirnya......sampai juga kami...


 1st show.. Masa ni penuh sebab ada pelancong dari China. Siap ada alih bahasa lagi..







Selepas show, kami ke kandang kangaroo dan koala.. Seronok sangat mama dapat main dengan mereka ni.. Mama la paling berani sekali.. SAYA??? xpela.. duk jauh2 je.. takut dia melompat...





Turn Mr.Cyg pula....



2nd show... Dengan Kambing biri-biri pula...




Perjalanan balik kami penuh dengan drama... 
Selepas selesai pusing semua tempat dalam Paradise Country ni, kami pun berjalan keluar menuju ke bus stop (almost 1km). Baru separuh jalan, tiba-tiba hujan turun dengan bangganya.. Aduss...
Nak teruskan ke nak patah balik ni?? Teksi pulak xde kena booking dekat counter Paradise Country tadi tu.. Hujan makin lebat maka kami buat keputusan secara drastik untuk patah balik ke Paradise Country. Basah kuyup la kami ni... 
Yang kelakar nye..MR.CYG saya ni... 
dia ni tak boleh kena hujan.. PUTERA LILIN la katakan... Nanti pening kepala "BAD MOOD".. Huhu... dalam kami berlari2 menuju ke tempat teduh, pusing belakang, Mr.Cyg saya masih lagi berteduh dibawah pokok yang sememangnya pasti terkena hujan juga.. Agaknya dia masih membuat pertimbangan untuk meneruskan atau berpatah balik kot.. 
Sebab tu Mr.Cyg yang paling LENCUN sekali berbanding kami bertiga.. Dan yang sedihnya saya tak dapat nak rakam kan detik ni sebab Mr.Cyg da simpan kamera dalam beg dan tak kasik guna lagi alasannya takut kena hujan.. 
Sungguh KEDEKUT!!!! 

Petang tu kami ada ke tempat lain..so tunggggggu...

Isnin, 2 Disember 2013

TRIP: GOLD COAST - SURFER PARADISE DAY 2 (CONT)

GOLD COAST - DAY 2 (CONT)

Sebelum ni saya telah kongsikan pengalaman kami tentang tempat penginapan, membeli barang2 dapur, dan jalan2 dipantai Gold Coast. So, kali ni saya excited nak share tentang tempat2 menarik di sekitar bandar Gold Coast.
Memang dari Malaysia lagi saya da aimed nak masuk 
Ripley's Believe It or Not. Fee entrance $20/person. Dalam bandar Gold Coast tu je berdekatan dengan pantai...
Apa yang boleh saya simpulkan adalah 
"MEMANG BERBALOI-BALOI".. 
Jika sebelum ni dapat tengok kat TV saje.. tapi kali ni depan mata. Di penuhi dengan misteri...Kredit untuk ayah sebab dia xtakut langsung pun.. Semua benda dalam tu disentuh even ada mentioned "TOUCH IF YOU DARE"... Layan gambar k...

 Di kaunter Ripley's Believe It or Not


Da start berdebar ni....
Masuk2 je disambut oleh pakcik ni...

 "Touch these statue if you want a baby".. 
Nak tahu x, kami xsentuh pun...haha
Takut ter'kenan' ... 
Kalu dpt muka camtu xke haru namanya


 Tinggi betul pakcik ni...tgk la tu..
Even duduk pun masih dia tinggi lagi dari Mr.Cyg


 Cermin ajaib...Boleh duplicate...


Semua org takut nak dekat ngan patung ni.. 
Ayah je yang berani..
Bile tarik chain ikut colour, tengkorak tu bergerak2...
Saya takut tengkorak ni terbebas plak dari sangkar tu..


 Patung ni plak bila sentuh kepala akan mengilai...


Terowong ni akan berpusing 180degree.. 
Memang adventure.. 
Keluar dari terowong tu kepala pun berpusing2

 Cermin ni akan memendekkan dan meninggikan diri kita..
Tgk tu...kami versi pendek..COMEL..


Mula2 tgk cam ok je makcik ni..xde ape yang pelik pun.. rupenya bila tgk bawah, kaki dia kecil.. saya xingat kenapa..
Bawah ni size kasut makcik ni...


 Puak makcik ni mmg kena menghodohkan muka jika nak join puak mereka. Pelikkan mcmana la boleh jadi seperti itu..


Gambar ni cam real je kan...Seperti ada org sedang memerhati...

 Bilik ni penuh dengan lazer...dan rasa seperti infinity (tiada penghujung)


 Bila duduk sebelah pakcik ni, akan kedengaran bunyi kentut yang panjang dan pakcik ni sound kita dengan buat muka pelik...


 Pada mulanya xperasan pun ianya merupakan sebuah potret.. 
dari dekat hanya nampak banyak pin dicucuk2.. 
Bile view balik gambar dlm kamera, br perasan 
"its Michael Jackson portrait"


 Kitorang berusaha untuk buka gate ni..
tp xboleh...xtahu caranya camne..

 Welcome to Fantasy Room!!!


Muka puas hati dapat masuk tempat ni...



Tempat seterusnya kami ke Infinity... Fee entrance $30/person. Tapi kami xmasuk.. So, ambil gambar je la...

Then, teruskan perjalanan mencari Wax Museum.. Terpusing2 kitorang dalam bandar ni.. Habis semua lorong kitorang masuk.. Memang ada GPS tapi ada jalan tutup so xtahu alternatif lain..
At the end, jumpa juga akhirnya.. Rupenya tempat ni berdekatan je dengan jalan ke penginapan kami.. Dari depan pintu Wax museum ni, belah kanan terus je sampaila ke apartment.. Da nama pun pelancong..sesat tu perkara biasa la kan...
Harga entrance $30/person.. Terbahagi kepada 2bahagian. Bahagian bawah tanah adalah penjara dimana tempat tahanan diseksa.. Bahagian atas pula adalah wajah2 mereka yang disanjung... Xbanyak pic ambil and gambar pun gelap sebab lupa buka flash..









Tamat sudah Day 2 kami...bersambung untuk Day 3..