Ahad, 21 Julai 2013

RESEPI BEGEDIL KENTANG

RESEPI BEGERDIL KENTANG

Sorry ye da lama xupdate blog..
Ade byk je 'BAHAN' nak story mory ni..
Tapi kekangan masa..
Rush nk siapkan thesis..
Nak graduate cepat la katakan..
Harap2 la..

Ok, 5th-day of fasting,
Tekak rasa nak makan meehoon soto
So, buat sendiri je sbb bhn pun ada
tp VERSI saya la..
Accessory penyedap..
"BEGEDIL KENTANG.."


So, saya share dgn u olls semua resepi begedil ni ye..
Simple sangat..
tp memang terangkat kalu mkn dgn soto



Bahan2:
2 biji kentang
1 biji bawang besar
1 biji telur
Daun sup & daun bawang (dicincang halus) 
secubit garam


Cara membuatnya:
- Kupas kulit kentang dan kemudian potong dadu saiz kecil2 supaya mudah empuk
- Kupaskan bawang dan hiriskan bawang tersebut
- Panaskan minyak dan gorengkan kentang tersebut sehingga empuk dan toskan
- Kemudian, gorengkan bawang tersebut sehingga kekuningan dan toskan. xperlu garing sangat.
- Lenyekkan kentang dan bawang yang telah digoreng. Saya guna lesung batu je.
- Then, gaulkan bawang dan kentang tersebut supaya membentuk sebati. Campurkan daun bawang dan sup yang telah dicincang dan jangan lupa taburkan garam secukup rasa.
- Bahagikan adunan tadi kepada beberapa bebola saiz kecil dan leperkan seperti bentuk begedil.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau sedikit. Tambah kan sedikit garam untuk menambah perasa pada kulit begedil tersebut.
- Panaskan minyak
- Celupkan begedil tadi ke dalam telur tersebut dan goreng sehingga warna keemasan..


Sebelum digoreng..
Bancuhan saya ni hanya dapat 6 biji sahaja. Memang cukup untuk Mak 2biji, Mr. Cyg 2biji, dan Saya 2biji.




Bergambar selepas digoreng...
NYUMMMM.... dah berbunyi plak perut ni..

So, apa lagi...try la ye..
Sekali pandang macam kuih plak..
Dua kali pandang dah habis..





3 ulasan:

Norzaliha Ismail berkata...

sekali pandang hilang...sedap sungguh....

Maszie Fatah berkata...

ciket ngat sekali telan dah irfan selamat...

NINA FARHANA berkata...

Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1