Sabtu, 14 November 2015

LOT BANGLO CANTIK 500M DARI PAGAR UMP PEKAN



Lot Banglo sangat berhampiran dengan pagar UMP Pekan. Sangat strategik utk tapak rumah (sendiri atau sewa) atau pelaburan jangka panjang. Tanah untuk dijual segera. Ada 10 buah rumah sebelah dengan lot tanah.

Harga RM150k sahaja (Nego sampai jadi)

Hubungi 0129815977 (Aqilah)

TANAH CANTIK 2 EKAR BERDEPAN PAGAR UMP PEKAN






Lokasi tanah (2ekar) yang cantik dan strategik berdepan dengan pagar UMP Pekan untuk dijual segera. Sesuai untuk tapak rumah, perumahan, atau pelburan jangka panjang.
Harga RM220k (blh runding sampai jadi). 


Berminat hubungi segera 0129815977 (aqilah)

Only serious buyer will be entertained

Isnin, 28 April 2014

IKLAN: RUMAH UNTUK DI SEWA DI TEMERLOH, PAHANG

RUMAH UNTUK DI SEWA, TEMERLOH


Alamat:    No. 82, Jalan Taman Temerloh Jaya (TJ 8), 
                 Temerloh, Pahang
Kondisi:   2 tingkat, 3bilik, 3bilik air
Harga   :   RM650/bulan (Boleh negotiate)



Berhampiran dengan sekolah, deretan kedai, fast food 24hrs, tgh2 antara bandar Temerloh dan Mentakab.


Jika berminat, sila hubungi:
012-9815977 (Nurul)  
012-9855977 (NorMan)







Selasa, 24 Disember 2013

BIRTHDAY PN. MASZIE YANG CANTIK

Hari ni BIRTHDAY PN. MASZIE


So, saya nak nyanyikan lagu khas untuk Pn. Maszie ye...


"ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMAT KAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN 

PN. MASZIE SEKELUARGA

ALLAH SELAMATKAN KAMU...."



Semoga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati Pn. MasZie...
Dipanjangkan usia, dipermudahkan rezeki...

AMIN YA RABBAL ALAMIN...


 
Ni kek untuk Maszie.. Penat saya buat dari malam tadi..

JOIN BLOGWALKING

 

 
Hadiah menarik ni...
 
Kalu nak join, klik DEENO 

Sebelum 10 Jan 2014 tau.. 


Isnin, 23 Disember 2013

Baiknya hati cleaner tu...

Story mory


Saya ada 1 story nak share dengan readers ketika berada di Gold Coast baru-baru ni.. Masa di Pasific Fair, saya duduk sebentar dalam shopping complex sementara menunggu mereka2 ni window shopping dikawasan sekitarnya.. Belakang tempat saya duduk tu ada sebuah restaurant terbuka yang masih lagi berada dalam shopping complex. Ada beberapa orang pelanggan sedang membeli makanan, berborak dll. 
2 orang cleaner berpakaian lengkap seperti polis sedang membersihkan kawasan sekitar betul2 kat depan saya.. Pantang nampak sampah terus sapu.. xde la buat muka masam ke.. 
"Bagus betul orang sini ye.. Kerja ikhlas.."
 gumam saya dalam hati

Selang beberapa minit, 2orang budak kecil dalam lingkungan 10tahun seperti sedang mencari sesuatu kemudian duduk dikerusi saya. xlama mereka bangun menghampiri sepasang couple yang sedang makan dan baling sesuatu ke bawah kerusi perempuan tersebut dan dengan cepat mereka lari keluar dari bangunan tersebut..

Kemudian, bunyi 1 letupan yang kuat mengejutkan kami yang ada berhampiran.. Jangan salah faham.. bukanlah bahan letupan yang berbahaya tu.. Mungkin 'letupan gurauan' je.. 
tapi kesian jugakla kat perempuan tu sebab telah mengotorkan pakaian dia mungkin akibat terkejut dengan letupan tersebut.. 
Then, 2 cleaner tu terus datang menghampiri perempuan tersebut.. saya agak dia bertanyakan pasal kejadian tu la agaknya sambil tolong membersihkan semula kawasan tersebut dan membantu perempuan tersebut dengan memberikan tisu dan sebagainya... (1 lagi sikap mereka yang saya sangat puji)..

Rupanya kisah tu xhabis setakat itu.. 
Mereka usaha mencari 2orang budak tu dikawasan sekeliling dan akhirnya...
pucuk dicita ulam mendatang..
Budak tu terjongol kat kawasan tu balik..mungkin dia ingat da settle la kot... 
Cleaner tu terus tangkap budak tu, bagi kauseling percuma, dan minta budak tu mintak maaf dengan couple tadi.. 
Budak tu pun akhirnya pergi la jugak jumpa mereka dan meminta maaf sambil diperhatikan oleh cleaner tersebut..


Dalam fikiran saya, banyak pengajaran yang saya dapat dari kes di atas:

1) sikap cleaner (saya anggap mereka cleaner sebab pegang penyapu) yang sentiasa membersihkan kawasan dengan wajah yang ceria xdela msam mencuka ke marah ke dan sebagainya

2) Cleaner tersebut rela hati membantu couple tersebut dengan memberikan tisu, mengelap, dan membersihkan tempat tu tanpa disuruh pun..

3) cleaner tu usaha mencari budak tersebut dan suh mintak maaf dengan couple tu..  

4) cleaner ni memang orang mereka la xde imported punya.. tapi xkira lelaki ke perempuan memang sangat rajin membersihkan kawasan.. xnampak mereka mengulor... Bukan dekat tempat ni je tempat2 lain yang kami pergi pun memang camtu la mereka ni

5) Peralatan mereka bukan canggih tapi smart.. terlupa nak ambil gambar kan...


So, bagusnya kalau cleaner di Malaysia pun camtu jugakkan...

Ahad, 22 Disember 2013

KEK PISANG KUKUS

KEK PISANG KUKUS YANG SEDAP


Selepas membeli FOOD STEAMER ni, asyikla mencari resepi yang menggunakan pengukus.. So, semalam petang semangat berkobar-kobar nak buat KEK PISANG KUKUS yang sedap (harapannya la kan).. Kebetulan pisang pun ada.. Apa lagi, jom kite menggodak kuih.



Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh serbuk penaik
(campur semua bahan dan ayak)
4 biji pisang (dilenyekkan)
1 camca teh esen vanila
4 biji telur
1 cawan gula
3/4 cawan minyak masak

Cara membuatnya:
- Pukul telur, gula dans esen vanila sehingga kembang
- Masukkan pisang yang telah dilenyek dan minyak masak ke dalam adunan 
- Kemudian, masukkan bahan2 yang telah di ayak sedikit demi sedikit sehingga sekata..
- Dan kukus selama 50min


Inilah hasilnya selepas 50min menunggu dengan penuh excited..
Berwap2..
Senang sangat menggunakannya...
Selepas guna main lap2 je..
xpayah basuh beria sangat...
Kek pun mudah nak dikeluarkan daripada acuannya..
Memang berbaloi2..


Simple bukan.. 
Saya pun cari resepi dalam internet... 
Tapi memang gebu dan sedap la.. 
yang penting Mr.Cyg saya pun suka sangat.. 

HARI2 MAU....

Jumaat, 20 Disember 2013

BIG SAVING - SENHENG (DA BELI!!!!)

SENHENG - BIG SAVING

Kalau masih ingat, saya ada post pasal SENHENG BIG SAVING baru-baru ni kan... 

BIG SAVING - SENHENG 

So, dah pergi jenguk SENHENG???
Sebenarnya katalog senheng ni da lama ambil.. 
Seminggu jugak saya 'study' pasal katalog ni dan barang2 yang berbaloi untuk redeem..
Beberapa hari lalu, kebetulan Mr.cyg ada ke Kuantan, so saya xlepaskan peluang untuk ke Senheng...

Berkobar-kobar semangat ni sebabnya:
1) point tengah banyak >2,000pts
2) Dapat voucher RM72 hasil pembelian di senheng sebelum ni
(voucher RM24 hasil pembelian notebook + voucher RM24 (2keping) hasil pembelian iphone)

Suka beli di senheng sebab ada warranti max 4tahun.. tapi kalu barang dapur yang kecil2 dan murah max 2tahun 1 to 1replacement. Maknanya kalu rosak, Senheng ganti yang baru je.. xde repair2..

So, selepas membuat pertimbangan saya+Mr.Cyg setuju la beli.............



FOOD STEAMER

Sebelum beli ni saya dah survey dalam internet je la kegunaannya.. Boleh kukus kuih, kek, ikan, sayur dan macam2 lagi la...
Tapi max time hanya 1jam=60min. Cam nak buat kek buah tu (perlukan 4jam) memang xboleh la...
So, cam ok je la kan..
Harganya RM102
Kalu redeem 115pts+RM79
So, balance kami kena bayar RM7 + RM3(insuran 2tahun)

TOTAL: RM10

Barula berbaloi-baloi...
saya memang suka bab2 murah ni...





Sampai rumah terus je susun kat dapur.. 
So, pasni tunggu je la resepi kukus dari saya ye...
Haha...

Ni, saya tengok online pengukus yang ada di Senheng..
Masa saya beli, pengukus Elba ni je yang boleh redeem yang lain kene beli cash/tolak voucher..
So, xnak membazir duit..
Beli apa yang available sahaja..




Pasni saya cerita yang beli online pulak ye...
Tapi kena tunggu barang sampai barula boleh promote kan..


Khamis, 19 Disember 2013

RESEPI ROTI GORENG SOSEJ

ROTI GORENG SOSEJ

Dah lama sangat saya tak update resepi kan.. tak berkesempatan sebenarnya nak duduk dapur.. So, cuti hujung minggu lepas saya pun try la buat resepi ni. Sifunya adalah MASZIE. Dah lama dia ajar saya buat roti goreng ni.. Tapi memang berbaloi.. sedap banget.. 
yang penting Mr.Cyg pun suka sangat dengan resepi ni..
 Hari-hari suruh gorengkan roti...


Resepi:
- Roti
- Sosej
- Cheese
- Telor
- Alat pengukus


Cara Membuatnya:
- Kukus sosej sehingga masak
- Kukus roti sehingga lembut.
- Kemudian, gelekkan roti sehingga nipis untuk elakkan dari roti menyerap minyak (pesanan MASZIE ni).
- Then, letakkan sekeping cheese dan sosej di atas roti yang telah digelek. Gulung ketat-ketat.
- Pecahkan telur dan tambahkan sedikit garam. Jadikan telur sebagai gam roti dan salut dibahagian luar roti
-Kemudian, golekkan roti dengan serbuk roti 
- dan da boleh goreng yea..




Nyum2... terus lapar rasa perut..
okla, saya nak pergi goreng roti jap ye...

"SELAMAT MENJAMU SELERA.."


Rabu, 18 Disember 2013

TRIP GOLD COAST - DAY 5 (CONT)

TRIP GOLD COAST - HARBOUR TOWN


Selepas puas pusing2 di Movie World, petang tu kami ambil peluang ke Harbour Town, satu lagi tempat shopping yang famous di Gold Coast. 
Rasa macam rugi je kalu tak pergi sebab esok pagi2 da nak balik.. So, walaupun penat giler dengan perut yang lapar, kami tetap meneruskan niat ke tempat ini.. 
Layan gambar ok...


 Kesian kami.. makan pisang je untuk alas perut.. 
satu hari xmakan ni..


Tapi macamana pun, kami (saya+Mr.Cyg) memang tengah bersemangat nak cuci mata..
Kalu mama sibuk nak jumpe kangaroo di Australia ni, 
Mr.Cyg sibuk nak cari jaket kulit (full leather tapi murah)..
Mana la nak cari..
So, kami berpecah (mama+ayah) dan (saya+Mr.Cyg) janji berkumpul di bus stop pukul 7.30p.m.

Bersemangatla kami ni walk-in setiap kedai tp harganya beribu2 ringgit duit Malaysia. Nak beli leather kene berhati2 di sini.. Ada 1 jaket tu boleh la cantik kena la dgn harganya yang murah.. Panggil promoter untuk bawa turun sambil tu tanyala kan 
"What kind of animal?"
selamba je dia bagitau "P**"..
ok, put it back because we are muslim.
Keluar dari kedai kami ni ketawa la berdekah2.. 
tulah.. nak sangat leather kan.. nasib baik xbeli lagi

And at last... jumpa juga 1 jaket leather yang tengah buat promotion.. Jaket ni exactly sama dengan design 1 kedai lain ni cuma harga AUD300 bertampal dgn jenama kedai tu.. 
Colour, design, available size.. semua sama
Tapi kat kedai promotion ni jual AUD50 je.. 
memang rezeki kami.. FULL LEATHER.. promoter tu pun cakap memang jarang jaket leather dapat dengan harga seperti ni..
Dan dia siap ajar kami macamana nak jaga leather..
So, Mr.Cyg saya da boleh senyum sampai telinga...
Nak balik Malaysia pun semangat la camni kan.. hehe
Tp, kesian kat mama dan ayah tunggu lama kat bus-stop dibuat dek menantu.. dengan perut lapar lagi.. dugaan..
hehe..








Esok pagi nya, pukul 5.00pagi kami da check out..
Kat luar da terang benderang da kan...
Kami naik bas je ke airport lagi murah..
Lagipun, go card pun masih ada balance lagi..




Inilah jaket baru Mr.Cyg saya..
Suka sangat dapat jaket tu..
Malam tu tidor pun lena je..
hehe..



Kami da sampai airport.. 
dan bersedia untuk balik ke Malaysia..

Tamatla kisah kami di Gold Coast, Australia selama (6h5m) 
Bye...

Selasa, 17 Disember 2013

TRIP GOLD COAST - DAY 5

TRIP GOLD COAST - MOVIE WORLD


Hari terakhir ni kami menghabiskan seluruh masa kami ke 
Warner Bros Movie World dengan menaiki bas TX2. 
Memang berbaloi2 walaupun harga tiket hampir RM300/person.. Mahal giler kan.. 
Actually, tempat ni sama seperti kat Genting Highland tapi lagi upgrade la... 
Sebenarnya ada kisah yang berlaku disebalik tabir.. tapi gambar je xde.. Ada 1game tu kami ni semangat la nak masuk.. Bak kata mama 
"Ala rumah hantu je ni".. 
Nama game tu Scooby doo.. 
Bila da masuk, memang kena berserah je la... Memang menakutkan.. Menggeletar kaki ni.. Macam main yang outdoor tu selaju lajunya.. Siap ada part berhenti kemudian reverse selaju-lajunya.. Tengok bawah memang nampak gaung je la...
Keluar je dari tempat tu, mama da menggeletar.. air mata da nak meleleh... Tak disangka2.. ayah terus dokong mama sampai pintu keluar.. romantik betul... 
Mr.Cyg??? memang terus serik nak naik benda lain.. 
1st time la katakan..
Layan gambar ye..


Semangat nak bertolak ni... 
 


 Da sampai pun...Akhirnya..


Bergambar kenangan dulu ye..




 Sebenarnya masa ni kami sedang tunggu ayah.. Nampak tak rail warna merah kat belakang tu? Ayah nak merasa naik benda tu la.. 1st serve tu..


 Nampak xbaju hitam seluar biru tu? Ayah la tu...


Stunt Driver.. 2kali kami masuk.. Memang thrill habis..





tergamam tengok.. kereta tu meletop...





 Game ni memang tak join sebab melibatkan air..

 
Oleh kerana hujan diluar, jadi kami tengok 4D movie..

Ni show di tempat lain pulak...

Tempat ni kami boleh masuk tapi xboleh main sebab just for kids..



Saya dan ayah je yang join Hall of Justice..
Tapi jujur memang boring game ni... 
Penat tangan tembak2

Kesian ayah.. dia nak sangat naik yang belakang tu tapi kami semua xnak join dia... So, dia xjadi join la..



Memang seronok sangat..