Rabu, 19 Jun 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN

TEMERLOH - MENTAKAB

"KOI ORANG TEMERLOH"

Sorry ye..saya bukan orang temerloh tapi suka dengan 'trademark' ni..
Temerloh terletak dalam negeri Pahang darul Makmur dan merupakan titik pusat bagi semenanjung Malaysia. Dan Mentakab adalah bandar berhampiran dengan Bandar Temerloh. Lebih kurang 10min saja. Ada ura2 untuk jadikan bandar temerloh dan mentakab ni sebagai bandar berkembar..

2hari ni kami berulang ke Maran - Temerloh sbb Mr.Cyg ada 'kerja' skit..So, kirenya saya ni tlg menyebok je la..sambil tu cari bahan utk my SEMANIS CHINTA...



KEDAI MAKAN ALIA NASI KUKUS
Taman Bukit Mentakab

Rupanya di Temerloh ni banyak kedai makan yg menawarkan hidangan tengahari nasi kukus+ayam berempah. Sebenarnya kedai ni popular di bandar Temerloh. So bila owner dpt tapak sendiri, mereka telah berpindah ke jalan Temerloh-Mentakab. Betul2 kat tepi jalan. Lokasi pun memang strategik. Kira hari kami dtg ke kedai tu adalah "HARI PERTAMA PEMBUKAAN". Pakej yang ditawarkan

Nasi kukus+ayam berempah+Teh o ais = RM5.00

Memang berbaloi rasa sebab ayam besar dan rempah yang disalut juga sgt sedap.. Cubala ye..





Food Court STAR MALL, MENTAKAB

Mr.Cyg offer saya untuk pergi jalan2 ptg tu..So, peluang jgnla dilepaskan ye x..So, saya suggest ke STAR MALL. Mall ni sebenarnya baru dibuka... Kalu di Johor sama seperti Pacific, Batu Pahat..Sushi king, kopitiam, basket robbin, kfc, mcd, celcom blue, maxis centre, DIY, kedai buku popular, bowling center dan banyak lagi la..
Yang minat layan wayang ada sediakan GCS cinema.

Puas berjalan, kami makan di food court tingkat LG.. 









SHILALA....

Bergambar je tapi xmasuk pun..

ABC + Aiskrim = RM4.50


Kali ni try pekena Yee Mee Hot Plate+cendawan = RM6.50
Bahan pun banyak




NASI AYAM PENYEK, TEMERLOH

Hari ke-2, masih lagi di Temerloh sbb ada 'urusan' bersambung. Oleh kerana leka dgn kerja, pukul 4.00ptg barula kami cari kedai makan. Of course la byk lauk da habis. So, this time kami pekena Nasi Ayam Penyek betul2 dipersimpangan traffic light. Kalau nak ke KL/mentakab, mesti lalu jalan ni..
Pakej yang disediakan
Nasi+ayam penyek berempah+ulam+Teh o Ais = RM5.00
Murah kan...dan sedap banget..ayam berempahnye sedap. Sambalnya berbeza dgn kedai ayam penyek lain yang pernah saya makan. Mungkin original comes from indonesia (saya agak saja). Saya more prefer ayam dipotong kecil sebegini sbb lebih garing..Meh try...


Tengok tu muka penat Mr.Cyg

Ayam goreng berempah+ulam

Sambal+sup = sedap banget


KFC, Temerloh

Sebelum pulang, Mr.Cyg offer saya ke KFC sebagai upah tolong 'teman' kan urusannya utk hari ni..
Di temerloh ni KFC, McD dan Marrybrown dibuka 24hours. Pizza juga available tapi sampi pukul 11mlm sahaja. Memang mudah la nak cari makan kat sini..Bangunan KFC ni pun cantik banget..I LIKE..







Walaupun perut da berbunyi..gambar tetap gambar....


Bawah tu gambar 'kuda' kami..try la teka yang mana satu






sampai je rumah memang kelepakkan la...

So, masa untuk berehat..






2 ulasan:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

Tak makan ikan patin tempoyak?

Tanpa Nama berkata...

Majunya Temerloh..