Rabu, 4 Disember 2013

TRIP: GOLD COAST- DAY 3

GOLD COAST - PARADISE COUNTRY (DAY 3)

Masih lagi dalam mood cuti-cuti di GOLD COAST... Daripada hari pertama sampai ke bumi Australia mama asyik sebut nak main dengan kangaroo dan koala.. 
"Kalau xdapat jumpa haiwan ni kira xnama ke Australia"...

Aduusss, kat mana pulak aku nak mencari haiwan2 peliharaan ini..
Selepas buat sedikit research, saya suggest pada mereka untuk pergi ke "PARADISE COUNTRY" yang terletak berdekatan dengan Movie World, Australian Outback  dan Wet'n Wild area (bas yang sama TX2). Oleh kerana kami ni menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, maka terpaksala berjalan kaki menuju ke tempat tersebut sejauh 1km sambil menikmati pemandangan sekeliling yang dipenuhi dengan kuda, kambing biri2..
Setibanya kami di sana, memang ngam2 waktu persembahan sedang di buat dimana pekerja-pekerja menunjukkan kemahiran anjing mereka memberi arahan pada biri2 dan lembu, bermain bomerang, dan lain-lain. Selepas tamat show, kami ke tempat kanggaroo dan koala dimana kami dapat bermain sendiri dengan mereka. Beli makanan $1 dan boleh beri mereka makan. Ada makanan yang free tp haiwan ni cam tak berminat sangat.. Cuma wrong timing je.. Mereka da kekenyangan sebab masa tu da tengahari.. Mereka baru saja di beri makan. Layan gambar k..
Tip lagi: kalu datang sini, bawa bekal air dan makanan sendiri sebab air dan makanan mahal kat sana.. Diorang tak check beg pun..

  

 Berjalan menuju ke tempat bas

 1st couple from Malaysia yang kami jumpa.
Honeymoon di Gold Coast.. Bestnya...

Ini la bas ke Movie World, Wet'n Wild, dan Paradise Country


bergambar kenangan di dalam bas


 Paradise Country ni terletak di belakang Australian Outback ni..

 Tgk tu.. tertera ENTRY & PARKING 1KM...
Jalan kaki la jawabnya..


 Gambar belakang tu adalah tempat Wet'n Wild.. Kami xjoin sebab semua orang tak minat AIR lebih2 lagi Mr.Cyg saya..


Dalam perjalanan menuju ke Entrance, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik dan haiwan2 peliharaan mereka


 Akhirnya......sampai juga kami...


 1st show.. Masa ni penuh sebab ada pelancong dari China. Siap ada alih bahasa lagi..







Selepas show, kami ke kandang kangaroo dan koala.. Seronok sangat mama dapat main dengan mereka ni.. Mama la paling berani sekali.. SAYA??? xpela.. duk jauh2 je.. takut dia melompat...





Turn Mr.Cyg pula....



2nd show... Dengan Kambing biri-biri pula...




Perjalanan balik kami penuh dengan drama... 
Selepas selesai pusing semua tempat dalam Paradise Country ni, kami pun berjalan keluar menuju ke bus stop (almost 1km). Baru separuh jalan, tiba-tiba hujan turun dengan bangganya.. Aduss...
Nak teruskan ke nak patah balik ni?? Teksi pulak xde kena booking dekat counter Paradise Country tadi tu.. Hujan makin lebat maka kami buat keputusan secara drastik untuk patah balik ke Paradise Country. Basah kuyup la kami ni... 
Yang kelakar nye..MR.CYG saya ni... 
dia ni tak boleh kena hujan.. PUTERA LILIN la katakan... Nanti pening kepala "BAD MOOD".. Huhu... dalam kami berlari2 menuju ke tempat teduh, pusing belakang, Mr.Cyg saya masih lagi berteduh dibawah pokok yang sememangnya pasti terkena hujan juga.. Agaknya dia masih membuat pertimbangan untuk meneruskan atau berpatah balik kot.. 
Sebab tu Mr.Cyg yang paling LENCUN sekali berbanding kami bertiga.. Dan yang sedihnya saya tak dapat nak rakam kan detik ni sebab Mr.Cyg da simpan kamera dalam beg dan tak kasik guna lagi alasannya takut kena hujan.. 
Sungguh KEDEKUT!!!! 

Petang tu kami ada ke tempat lain..so tunggggggu...

3 ulasan:

Mizz Aiza berkata...

wah.. best dapat pegang kangaroo.. comelnya..

Unknown berkata...

Siapa comel?? Saya ke kangaroo?? Hehe

Mizz Aiza berkata...

dua-dua comel.. hehe.. akak tak pernah lagi jumpa kangaroo kat depan mata..