Ahad, 30 Jun 2013

TUMPANG IKLAN : TUKANG URUT BATU PAHAT

TUKANG URUT 
AREA BATU PAHAT

Jika anda sedang mencari seorang tukang urut handalan
atau REFLEKSOLOGI 
kaki dan badan
memang sedap urutannya
memang berkesan sentuhannya
Meh la try 


WAVILION TAN
(tukang urut)
101, Lot 1-20, Jln Rugayah, 83000 Batu Pahat, Johor


Berbangsa cina
sangat peramah
sangat baik hati

Setiap kali ayah saya masuk ward di Putra Specialist, Batu Pahat pasti call Mr. Tan untuk urut kaki..
sbb dpt membantu melegakan rasa pening kepala dan lemah badan



Jika berminat/membuat tempahan
 sila hubungi;

017-7640761
016-2982222



SIAPA WANITA PALING CANTIK

WANITA CANTIK..


"MIRROR..MIRROR..IN THE WORLD...
WHO IS THE MOST BEAUTIFUL WOMAN IN THE WORLD???"



SENYAP.......
YE LA MIRROR MANA BOLEH BERCAKAP...
TANPA KITA SEDARI
INILAH SOALAN YANG BIASA KITA TANYA PADA CERMIN


TAPI SEBENARNYA CANTIK ITU SUBJEKTIF
DAN SETIAP ORANG MEMILIKI KEISTIMEWAAN DAN DAYA TARIKAN YANG TERSENDIRI

BAGI SUAMI, WANITA TERCANTIK DALAM HIDUPNYA TENTULAH ISTERINYA..
KERANA ITULAH DIA MEMILIH ANDA SEBAGAI PENEMAN DAN PENYERI HIDUP
KERANA ITULAH DIA MEMILIH ANDA UNTUK MENJADI IBU KEPADA ANAK2 NYA..


DAN KECANTIKAN ITU AKAN LEBIH TERSERLAH DENGAN KECANTIKAN DALAMAN
SIKAP DAN SIFAT SEORANG WANITA.....
YANG PASTINYA MENCAIRKAN HATI SEORANG SUAMI




MAKA
HARGAILAH DIRI ANDA
ANUGERAH DARI ALLAH
SESUNGGUHNYA
CIPTAAN ALLAH TIADA BANDINGANYA...








-rindu pada Mr.Cyg sgt2...


Sabtu, 29 Jun 2013

SAKIT - TANDA ALLAH SAYANG KITA

SAKIT - TANDA ALLAH SAYANG KITA


Allah Maha Pengasih Maha Penyayang

Tapi kenapa DIA beri kita musibah seperti sakit?



Tazkirah dari Abg Ipar saya:

Kerana bila kita sakit ALLAH tarik 4perkara dari manusia

1. Selera makan
2. Seri muka
3. Kesihatan
4. DOSA

Supaya kita tidak lupa akan KEWUJUDANNYA dan KEBESARANNYA..

Supaya kite mendampinginya dan cuba mengingati dosa2 lalu..
dan SAKIT ini juga sebenarnya ALLAH nak beri kita rehat...
rehat dari segala urusan dunia...


Apabila ALLAH menurunkan rahmat-NYA iaitu sembuh dari sakit tersebut, ALLAH pulangkan kembali 3 perkara yang telah ditarik daripada manusia

1. selera makan
2. seri muka
3. kesihatan

Tetapi, DOSA yang telah di'tarik' tidak akan dipulangkan kembali..
YA ALLAH..
MAHA BESAR MU YA ALLAH...

Sungguh ALLAH Maha Pengasih dan mengasihi akan hamba-hambanya...




Doa ketika sakit:


Doa Melawat Orang sakit:


Sumber dari internet






AYAHKU MASUK WARD...

AYAHKU MASUK WARD


Kesian ayah.....
Kesihatannya makin teruk...
Da 10 hari xmakan...
xberdaya...
xnak bercakap..
xaktif seperti selalu...
Kepalanya pening..
Ada rasa lapar tapi xde selera..

Risau sangat dengan keadaan ayah...
So, pujuk ayah ke hospital...
sbb kat rumah xde 'doktor' pakar..


Selepas beberapa dialog barula ayah setuju ke hospital..

Pada mulanya saya hantar ayah ke Putra Specialist, Batu Pahat..


Tgk tu..muka pun xceria seperti selalu...

Selepas 2 hari, ayah mula sibuk nak balik...
alasannya xselesa..
xde vantilation...
Berbau...
Sempit...
kebetulan ward pun penuh...
xboleh pilih bilik la....



Dgn rasa keprihatinan yang tinggi..
Saya pindahkan ayah ke 
Johor Specialist, Johor Bahru

1st day
Nampak cam ceria sikit sebab dapat bilik cantik dan selesa

tapi
2nd day
Murung balik...
kepala pening..
xbermaya..
walaupun dengan bantuan ubat..
kesian ayah...




Picit ayah tapi ayah tetap xceria...


Dan sekarang ni kami masih lagi 'berkampung' di sini

Tolong DOA kan AYAH cepat sembuh ye...


JOM SEMBANG2...

PENGALAMAN KELMARIN

Saje nak share dgn u alls semua pengalaman saya balik ke JOHOR.
Da lama xbalik naik bas..
Saya balik ni sebab ayah saya xberapa sihat. 
Oleh kerana EMERGENCY, terpaksalah driver bas yang hantar sbb Mr.Cyg ada urusan yang xsettle..

Oleh kerana 'excited' sgt nak balik, xkira la bas apa yang ada..
Tulis Johor Bahru je terus beli...
So, ini la jadinya....

Sejam...
2jam...
4jam..
5jam..

xsampai2...
mana ni...
Kluang, air hitam, simpang rengam.....xde pun..
Nampaknya da terlepas la rumah ku..
Ok, xpe2...tuggu lagi..
harap lalulah kulai...
Boleh suruh kakak ambil..
PUN XLALU...
Aku dah kat mana ni????
ADOOOIII...



Rupa2nya...bas ni terus ke Johor Bahru...
BANDAR JOHOR BAHRU....
lalu jemaluang, kota tinggi dan lain2 bandar yang aku pun xtahu....
YA ALLAH.....aku dah jauh.....

Langit makin gelap...Kaki da start menggigil ni...
Harapan tadi dapat sampai awal ke rumah...
nak hantar ayah ke hospital malam tu jugak..
Tapi nampaknya NASIB saya pun xtentu arah lagi..

Hati da berdebar2...
"Encik Driver, bas ni berhenti Larkin x?"
"Ya" -sepatah je dia jawab

Lega sikit...

So, apa lagi...
Saya pun call semua adik beradik yang ada di JOHOR ni...
kakak, adik, abg ipar....
Alhamdulillah....mereka sudi ambil saya di Larkin ni..
ye la..kesian adik diorang ni sorang2 kat bandar johor..

Sebenarnya da lama saya xsampai ke Larkin ni...
Ramainya orang walaupun malam makin kelam..
Bas dari singapore keluar masuk..
Saya duduk di satu bangku..
kakak pesan suh duduk di tempat orang ramai..
Risau barangkali..


Sempat juga la SNAP beberapa keping gambar pemandangan di LARKIN pada waktu malam..





Ni selepas sampai ke rumah adik saya pada malam tu untuk ambil dia balik kampung skali...

Aisyah Safiya Azzahra



Comel xanak sulung adik saya???
RINDU ngat kat budak muka bulat ni....
Nasib baik sampai Larkin..
dapat jumpe budak ni...











Selasa, 25 Jun 2013

RESEPI : RENDANG AYAM APPLE

RESEPI : RENDANG AYAM APPLE



Bahan:
2 ekor ayam yang telah dipotong
1 kg santan pekat
1 1/5 kg air
7 keping asam keping
Garam secukupnya
1 bekas kecil kerisik


Bahan yang perlu di bland:
50 biji cili api hijau
5 biji lada besar hijau
2 inc lengkuas
3 inc halia
2 inc kunyit hidup
35 biji bawang putih
10 biji bawang merah
5 batang serai



Cara membuatnya:
1) Bahan-bahan yang di bland dimasukkan di dalam kuali bersama-sama potongan ayam.
2) Gaulkan bahan-bahan tadi sehingga kering.
3) Kemudian, masukkan santan pekat dan air kedalam campuran tadi dan gaulkan sehingga serasi bersama.
4) Apabila campuran tadi hampir kering, masukkan kerisik, garam, dan asam keping kedalam kuali dan gaulkan bahan-bahan tersebut.
5) Setelah hampir kering, matikan api dan sedia untuk di hidang...



Kalu makan macam tu je pun da sedap banget



Memang sedap banget....
Di makan bersama NASI APPLE...


nak tahu resepi nasi apple kene minta kat Pn. MasZie ye..
http://maszie.blogspot.com/



So, kena cuba la kan...


NYUMMMM..............





PENYEMAIAN AWAN

PENYEMAIAN AWAN


Sumber dari internet


Baikla..hari ni masih lagi mood JEREBU atau HAZE..
Mari kita sama2 memahami konsep dan cara penyemaian awan dilakukan. 
Sebenarnya ini kajian 'kami' ketika di TAHUN 3, UTM (3SAW)
Selongkar2 folder jumpa juga tajuk ni..
Rezeki la kan untuk anda semua....




SEDIKIT SEJARAH PENYEMAIAN AWAN

Kajian ini telah dijalankan oleh Dr. Vincent J. Schaefer (pekerja General Electric Lab), New York. 
Beliau membuat ujikaji dengan memasukkan ais kering ke dalam satu ruang bersama-sama dengan kepulan wap.
Hasilnya, hablur-hablur ais tersebut telah membentuk nukleus yang membantu dalam menambah saiz titisan air. 
So, kesimpulannya:


AIS KERING + KEPULAN AWAN 
TITISAN AWAN (BERTAMBAH & BERAT MENJADI HUJAN)


Kajian dari Bernard Vonnegut,seorang ahli sains atmosferik telah menemui potensi argentum iodida dalam membantu penyemaian awan tahun 1946. Argentum iodida sebagai bahan penggalak kepada hujan. Ianya telah dipraktikkan di Queensland, New Englaand, New South Wales, Warragamba barat dan kawasan tadahan Sydney pada sekumpulan awan kumulus dan hasil kajian seperti yang dijangka.


MALAYSIA?

Malaysia juga pernah menjalankan proses pembenihan awan setelah menghadapi kemarau yang berpanjangan pada tahun 2005. Ianya telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca untuk sekitar kawasan tadahan Empangan Pedu, Empangan Muda, dan Empangan Timah Tasoh. Tujuannya adalah untuk meningkatkan air di empangan bagi proses penanaman padi dan kegunaan domestik. 
-utusan malaysia, 18 mac 2005-


APA ITU PENYEMAIAN AWAN?

Satu proses yang dijalankan untuk memperkenalkan zarah-zarah lain ke dalam satu kepulan awan yang akan bertindak sebagai kondensasi awan di samping membantu dalam pembentukan pemendakan.



LANGKAH2 SEBELUM PENYEMAIAN AWAN

1. Faktor Cuaca
2. Mengukur keadaan semasa awan
3. Mengukur kelajuan angin (<20 knot)

-sekiranya >20knot, angin akan memecahkan awan sehingga menyukarkan proses penyemaian awan.



PROSES PENYEMAIAN AWAN

1) Mod Statik
- penyemaian dilakukan dengan cara menambah hablur2 ais (dalam bentuk argentum iodida / ais kering) pada tahap kurang 0celcius. 
-Sebagai bahan penggalak untuk proses pembekuan 
-Dilakukan ketika keseimbangan tekanan wap berada pada tahap paling rendah
- sehingga satu tahap, peleburan berlaku maka hujan akan turun


2) Mod Dinamik
- Untuk menambah isipadu curahan hujan, arus udara disiramkan terus kepada awan secara menegak.
- Ianya akan menggalakkan pertambahan hablur ais yang terhasil daripada proses mod statik


3) Penaburan Higroskopik (Malaysia)
- Hablur masin/ kalsium klorida (garam campuran bersaiz 50mikron) dilepaskan kedalam awan.
- Tujuan untuk membantu membentuk pemendakan awan sekiranya penyemaian dilakukan di kawasan zon tropika.
- Pesawat jenis Casa C 212-200 dibuat khusus dengan tambahan alat corong penyalur garam (chimney) yang dihubung kelubang udara berdiameter 40cm
- Pihak kawalan di darat memberi info terkini titik awan kumulus yang biasanya pada ketinggian 9000 kaki
- Mereka mengenalpasti awan tersebut berpandukan alat pemantau awan
-campuran garam (3tonne/hari) tersebut segera dituang ke dalam corong penyalur garam sebanyak 3 kali/hari
-Dapat menghasilkan hujan lebat (10-20mm/hari)
- Campuran garam tersebut bertindak menarik wap air dari sekeliling dan membentuk titis2 air yang berperanan dalam proses pembentukan butir2 hujan didalam awan.
- awan akan menjadi cepat matang dan isipadunya lebih besar dari biasa
- Hujan akan turun dalam tempoh 1jam (paling cepat)


Ada kaedah lain?
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan bahan glasioganik dimana bahan ini dapat menghasilkan ais. 
Ianya ditabur di atmosfera pada ketinggian tahap beku.
- Kerana pada lapisan ini banyak terdapat wap air yang sangat sejuk
- So, dengan bahan tersebut ianya membuatkan wap air membeku dengan sangat cepat
- Ais yang turun ke lapisan lebih rendah secara perlahan2 akan mencair dan membantu dalam pertambahan jumlah air hujan. 


KEBAIKAN PEMBENIHAN AWAN

1) Dapat mengatasi masalah kemarau
2) Penyelesaian kepada masalah jerebu yang kritikal
3) Untuk menambah bekalan air yang terganggu bagi proses penanaman padi (makanan utama rakyat Malaysia), domestik dan penjanaan hidroelektrik



KEBURUKAN PEMBENIHAN AWAN

1) Kemungkinan berlaku banjir kilat disebabkan perubahan cuaca
2) Kos yang tinggi (peralatan yang canggih digunapakai)
3) Perlukan kepakaran dan pengendalian
4) Penurunan hujan tidak dapat dijangka dengan tepat
5) Kuantiti hujan tidak dapat dikawal





Sebenarnya, ini merupakan penyelesaian yang bijak pada masa yang bijak daripada masalah menjadi semakin kritikal. 

Apapun, ini hanya ciptaan manusia

Kuasa TUHAN tiada tandingannya....

Isnin, 24 Jun 2013

RESEPI : KUIH PUTU AYU

RESEPI : KUIH PUTU AYU


Dah lama x update kuih kan..
Sorry ye..saya 'sibuk' sikit kebelakangan ini. 
So, xcukup masa nak buat kuih.

Ok, Hari ni kita cuba resepi putu ayu ni..
Favourite saya ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan+air daun pandan
1 sudu ovelate
4 biji telur
1/2 biji kelapa parut + Garam (untuk bahagian atas kuih)





Cara Membuatnya:

- Putarkan telur dan gula sehingga kembang
- Kemudian, masukkan tepung, ovelate dan air campuran santan+pandan tersebut kedalam adunan tadi dan putar sehingga sekata.
- Masukkan kelapa parut sedikit ke dalam acuan pada bahagian atas sahaja.
- Dan masukkan adunan tadi sehingga penuh acu.
- Panaskan pengukus
- Masukkan ke dalam pengukus sehingga 5minit.
- Sedia untuk dimakan..


Selepas di putar

Dah ready untuk dikukus

Selepas 5minit

Dan...ape lagi..NYUMMM


Memang sedapppp bangggettt...

Cuba la...NYUMMM





Senarai Penutupan Sekolah 24/6/2013

PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU




SUMBER DARI :


JEREBU?

JEREBU?

Hari ini saya buka topic ini sebab sekarang ni Malaysia sedang dilanda masalah jerebu...
Sumber dari utusan menyatakan bahawa punca kejadian jerebu ini adalah kerana pergerangkan asap jerebu tebal dari Wilayah Riau, Sumatera Tengah. Sehingga 21/6/2012, bilangan titik panas masih tinggi iaitu 173 berbanding pada awalnya 187. 



Rate IPU

0 - 50 = Good
51 - 100 = Moderate
101 - 200 = Unhealthy
201 - 300 = Very Unhealthy
> 300 = Hazardous

Bagaimana Jerebu Terbentuk?

Jerebu disebabkan terdapat partikel2 terampai dalam atmosfera bergerak secara perlahan dan terkumpul. Pada kepekatan tinggi, zarah ini menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk berkurang. Ianya 'menyerang' Malaysia kerana pada masa ini Malaysia dalam Monsun Barat Daya; atmosfera yang stabil dan kurangnya pergerakan udara menegak dan mengufuk. Awan juga tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Ditambah pula sumber pencemaran yang banyak di malaysia menggalakkan lagi pembentukan jerebu.
-Sumber dari JMM-  



Pihak Bertanggungjawab
Pada keadaan jerebu sebegini, banyak pihak memainkan peranana.

1) Jabatan Alam Sekitar
-mengawal kualiti udara dengan mengukur tahap pencemaran udara terkini. Parameter yang diambil kira adalah karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon dan habuk terampai menggunakan telemetri


2) Jabatan Meteorologi Malaysia

-monitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca. Parameter yang diukur adalah kepekatan jumlah zarah terampai secara langsung dengan keamatan jerebu, ketampakkan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin.



Kesan kesihatan kepada penduduk:

1) Radang mata
2) Pembentukan mokus (selsema)
3) Sistem pernafasan tersumbat
4) Radang paru2 dan meninggalkan parut pada tisu paru2


Tindakan untuk Merawat Jerebu:

Agen untuk menghapuskan/mengurangkan jerebu adalah HUJAN dan/atau ANGIN. Walaubagaimanapun, akibat daripada cuaca kering disebabkan dari Taufan Tropika Bebinca (Fabian) maka menyukarkan proses pengumpulan awan (dari proses penyejatan) berlaku. 
Satu lagi kaedah yang memerlukan kos yang agak tinggi adalah dengan PEMBENIHAN AWAN. iaitu proses mempercepatkan pembentukan hujan. Menurut JMM, kaedah ini pada masa ini masih lagi tidak dapat dijalankan disebabkan kaedah ini memerlukan awan yang berpotensi untuk penanaman benih hujan. Tapi disebabkan oleh taufan tersebut masih melanda, maka ditunggu sehingga waktu yang sesuai. Tarikh jangkaan: selepas 24/6/2013 (hari ini).
Dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.


Sumber dari internet


Cara Menangani:

1) Minum air dgn kadar yang banyak
2) Membasuh muda dan anggota tubuh yang terdedah pada jerebu dengan kerap
3) Kurangkan aktiviti luar rumah
4) Pakai topeng/mask pelindung
5) Sila rujuk pakar sekiranya keadaan kesihatan kritikal



Talian Membuat Laporan:

999 (JBPM)
1-800-88-2727 (JAS)

Jumaat, 21 Jun 2013

TIP PEMANDUAN SELAMAT

TIP PEMANDUAN SELAMAT

Hari ni mmg mood nak bercerita mengenai kemalangan jalanraya.
Sekarang ni terlalu banyak kemalangan yang berlaku..
Tiap2 tahun meningkat..

Sumber dari internet -KLIK untuk besarkan image

Sumber dari internet-KLIK untuk besarkan image




Dan ada juga kemalangan yang telah di'rancang'..
APA ITU??
maknanya ada pihak2 yang tidak bertanggungjawab sengaja merancang kemalangan seperti:

1) simbah minyak di atas jalanraya
2) memang sengaja meletakkan tayar+rim di atas jalan
3) Membaling batu/tepung ke arah cermin kereta

dan dari sumber2 yang boleh dipercayai kebanyakan kes ini berlaku di kawasan lebuhraya + waktu malam ke pagi

Sangat menakutkan..


Oleh itu, apa yang boleh saya sarankan:

1) Sekiranya tiba2 cermin kereta anda di baling sesuatu, jangan wipe dgn air. Bawa perlahan sehingga ke tempat selamat

2) Lebih berhati2 ketika memandu. 
Gunakan lampu tinggi ketika perlu.

3) Memandu pada kadar sederhana. 
Sekiranya ada berlaku sesuatu, masih dapat mengawal kenderaan

4) Elakkan berhenti dikawasan sunyi.......

5) Call towing syarikat kenderaan anda
cth: kalu jenis toyota call towing toyota

6) Bawa terus ke balai polis berhampiran

7) Yang paling penting BERDOA kepada ALLAH agar pejalanan kita dilindungi

Ketika menaiki kenderaan:



dan bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
100x (tips dari mak saya)



Semoga kita sentiasa dalam lindungan-NYA









APA YANG PERLU DI LAKUKAN SELEPAS 'KEMALANGAN TAYAR'?

TERLANGGAR SERPIHAN TAYAR DI JALANRAYA??

Pernah kah anda mengalami situasi sebegini? 

Baru2 ini kereta kesayangan kami terlanggar serpihan tayar di lebuhraya pantai timur.
Tetapi kami tetap meneruskan perjalanan kerana jalan gelap. Tengok jam pukul 4.00pg. Di tempat kejadian itu pula terdapat sebuah lori (kepunyaan tayar tersebut) dan 2buah kereta (4org lelaki muda) sedang berbincang. Menyebabkan saya suruh Mr.Cyg teruskan sahaja perjalanan sehingga keluar dari lebuhraya. 

Selepas bayar tol, Mr.Cyg pun membuat 'pemeriksaan' secara rawak  terhadap kereta kesayangannya.
"Errmmm..beribu jugak ni" ayat yg terluah dari Mr.Cyg. 
Saya beranggapan mungkin teruk la keadaan keretanya..

Kami teruskan juga perjalanan sehingga ke balai polis utk membuat report. Betul2 sampai didepan pintu pagar balai, kereta jd 'berat' dan mati..
Lampu warning menyala...
Alhamdulillah, nasib baik sampai di balai baru buat hal..

Esoknya, kami buat report. Alhamdulillah nasib kami baik sekali lagi kerana pagi tadi driver lori tu buat report mengaku tayar di atas jalan itu kepunyaannya. Itupun, setelah didesak oleh sebuah kereta honda yang juga terlibat dalam kejadian tersebut. 

Kemudian, Mr.Cyg call towing utk hantar keretanya ke toyota, kuantan. Setelah berbincang dan menyerahkan dokumen penting, kereta kami telah siap dibaiki dalam tempoh 20hari.

Sebenarnya, disini saya nak bagi tip pada anda semua apa yang sepatutnya anda lakukan:

1) Berhenti kan kenderaan anda di tempat kejadian. 
Cuba ingatkan lokasi kemalangan dengan mengambil 'km route' sbb itula 1st quest dr polis.
2) Call towing toyota 
1-800-888-247


Hanya gambar hiasan

Talian emergency ada tertulis pada sticker ni..


3) Buat report dan beli copy report kenderaan dan lori tersebut
4) Hantar ke Toyota


Kenapa kena call towing? 
sebab apabila melanggar tayar seperti kes ini, kemungkinan tangki air akan bocor. Bila tangki air bocor dan kering (akibat kita meneruskan perjalanan), berkemungkinan besar merosakkan enjin. Dan sekiranya ini berlaku, insuran tidak akan cover sekiranya didapati anda teruskan juga perjalanan.
Tip juga: jangan masukkan air walaupun tangki air anda kering kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk akibat perubahan suhu yang ketara.



Dokumen yang diperlukan oleh TOYOTA

1) Police report
2) Insuran polisi/cover note
3) Geran copy
4) Ic copy
4) Licence copy



Dokumen yang diperlukan untuk membuat claim 3rd party 
(kira claim menggunakan insuran lori tersebut)

1) report polis (kereta kita dan lori tersebut)
2) keputusan kes
3) Insuran pihak ke-3 (beli di JPJ - RM10)


Dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan loss of use pada pihak insuran pihak ke-3

1) surat - minta di toyota
2) dokumen2 di atas
3) dokumen baikpulih dari toyota



Layan gambar ye...



Di waktu kejadian

Nampak mcm sikit tapi teruk sebenarnya..Mr.Cyg mmg da xde mood la masa ni..2hari xbercakap..tanya sepatah jawab sepatah..mana xnya..kereta kesayangan..
Total: RM7***








Esok paginya selepas buat report


Towing dari TOYOTA







Selepas 20hari - wajah baru


Owner pun da ceria




Alhamdulillah...