Isnin, 24 Jun 2013

RESEPI : KUIH PUTU AYU

RESEPI : KUIH PUTU AYU


Dah lama x update kuih kan..
Sorry ye..saya 'sibuk' sikit kebelakangan ini. 
So, xcukup masa nak buat kuih.

Ok, Hari ni kita cuba resepi putu ayu ni..
Favourite saya ni...


Bahan-bahannya:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan+air daun pandan
1 sudu ovelate
4 biji telur
1/2 biji kelapa parut + Garam (untuk bahagian atas kuih)





Cara Membuatnya:

- Putarkan telur dan gula sehingga kembang
- Kemudian, masukkan tepung, ovelate dan air campuran santan+pandan tersebut kedalam adunan tadi dan putar sehingga sekata.
- Masukkan kelapa parut sedikit ke dalam acuan pada bahagian atas sahaja.
- Dan masukkan adunan tadi sehingga penuh acu.
- Panaskan pengukus
- Masukkan ke dalam pengukus sehingga 5minit.
- Sedia untuk dimakan..


Selepas di putar

Dah ready untuk dikukus

Selepas 5minit

Dan...ape lagi..NYUMMM


Memang sedapppp bangggettt...

Cuba la...NYUMMM





1 ulasan:

Ell Amour berkata...

waduh enak bangat... tahniah tahniah satu tutorial yg sgt jelas