Memaparkan catatan dengan label go card. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label go card. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

TRIP GOLD COAST - DAY 5 (CONT)

TRIP GOLD COAST - HARBOUR TOWN


Selepas puas pusing2 di Movie World, petang tu kami ambil peluang ke Harbour Town, satu lagi tempat shopping yang famous di Gold Coast. 
Rasa macam rugi je kalu tak pergi sebab esok pagi2 da nak balik.. So, walaupun penat giler dengan perut yang lapar, kami tetap meneruskan niat ke tempat ini.. 
Layan gambar ok...


 Kesian kami.. makan pisang je untuk alas perut.. 
satu hari xmakan ni..


Tapi macamana pun, kami (saya+Mr.Cyg) memang tengah bersemangat nak cuci mata..
Kalu mama sibuk nak jumpe kangaroo di Australia ni, 
Mr.Cyg sibuk nak cari jaket kulit (full leather tapi murah)..
Mana la nak cari..
So, kami berpecah (mama+ayah) dan (saya+Mr.Cyg) janji berkumpul di bus stop pukul 7.30p.m.

Bersemangatla kami ni walk-in setiap kedai tp harganya beribu2 ringgit duit Malaysia. Nak beli leather kene berhati2 di sini.. Ada 1 jaket tu boleh la cantik kena la dgn harganya yang murah.. Panggil promoter untuk bawa turun sambil tu tanyala kan 
"What kind of animal?"
selamba je dia bagitau "P**"..
ok, put it back because we are muslim.
Keluar dari kedai kami ni ketawa la berdekah2.. 
tulah.. nak sangat leather kan.. nasib baik xbeli lagi

And at last... jumpa juga 1 jaket leather yang tengah buat promotion.. Jaket ni exactly sama dengan design 1 kedai lain ni cuma harga AUD300 bertampal dgn jenama kedai tu.. 
Colour, design, available size.. semua sama
Tapi kat kedai promotion ni jual AUD50 je.. 
memang rezeki kami.. FULL LEATHER.. promoter tu pun cakap memang jarang jaket leather dapat dengan harga seperti ni..
Dan dia siap ajar kami macamana nak jaga leather..
So, Mr.Cyg saya da boleh senyum sampai telinga...
Nak balik Malaysia pun semangat la camni kan.. hehe
Tp, kesian kat mama dan ayah tunggu lama kat bus-stop dibuat dek menantu.. dengan perut lapar lagi.. dugaan..
hehe..








Esok pagi nya, pukul 5.00pagi kami da check out..
Kat luar da terang benderang da kan...
Kami naik bas je ke airport lagi murah..
Lagipun, go card pun masih ada balance lagi..




Inilah jaket baru Mr.Cyg saya..
Suka sangat dapat jaket tu..
Malam tu tidor pun lena je..
hehe..



Kami da sampai airport.. 
dan bersedia untuk balik ke Malaysia..

Tamatla kisah kami di Gold Coast, Australia selama (6h5m) 
Bye...

Rabu, 27 November 2013

TRIP: GOLD COAST - SURFER PARADISE DAY 1

GOLD COAST - SURFER PARADISE 
(DAY 1)


10/11/2013

Hari yang ditunggu telah tiba... 
Subuh2 lagi kami telah ke airport kerana penerbangan pukul 9.00pg. 
Kesian MASZIE kena bangun pagi2 untuk hantar kami..hehe.. Perjalanan ke Gold Coast dijangka 8jam. 
Perubahan masa pula adalah +3jam dari masa Malaysia. Dalam aircraft, kami makan kenyang2. 
2kali order nasi lemak pak nassir + 1maggie. Sebab sampai di gold coast da malam dan xtahu nak gambarkan tempat untuk mencari makanan. 
Tiba di Coolangata Airport, Gold Coast kami telah melalui pemeriksaan kastam yang sangat ketat tetapi friendly. Kami memang tak bawa sebarang makanan segera atau apa sahaja sebab takut sangat bersoal jawab dengan pihak kastam. 
Tapi sebenarnya anda boleh bawa makanan segera cuma kena declare ketika mengisi borang Incoming Passanger Card. Tujuan mereka adalah untuk elak kemasukkan sebarang jenis virus dan penyakit daripada makanan/tumbuhan/haiwan yang kita bawa dari luar. Benefit untuk rakyat mereka. Penapisan kastam adalah 3kali. Pemegang passport baru (mama+Mr.Syg) terpaksa berhadapan dengan 'extra' pemeriksaan kastam kerana mereka khuatir akan kemasukkan pendatang atau penipuan atau duplicating passport.
Suasana airport sangat berbeza dengan LCCT.. Lengang takde orang sebab kami sampai pukul 9mlm. 

Firstly, kami beli GO CARD (AUD40+AUD10-deposit) 
sebab trip esok semuanya menggunakan GoCard
Keluar dari airport, kami ingat nak naik bas saja ke tempat penginapan. Tapi oleh kerana ini adalah first time kami ke sini dan tak tahu sangat keadaan, suasana dan lokasi yang tepat, so, kami tukar plan naik teksi. 
Harganya AUD60 berhenti betul2 depan apartment. Mahal betul...Nasib baik saya bawa GPS so dapat mengagak arah perjalanan yang betul ke apartment. Dan nak tahu tak...setibanya di sana, kaunter reception tu da tutup. Ah, sudah...kat mana pulak malam ni kami nak tidur..memang kaget banget...Saya da tak tentu arah da..Ke hulu ke hilir..hujan pulak tu..kad sim pun xbeli lagi..aduss...Tiada pilihan, so saya minta pertolongan seorang penginap kat situ. 
Rupanya, owner ada tinggalkan surat dekat pintu office beritahu nombor bilik. 
Kunci bilik ditinggalkan dalam bilik yang xberkunci..
Alahai...gelabah sangat..hehe...cam explore race pun ada jugak..
Lokasi bilik memang strategik dan cantik.. 2bilik 1bilik air, pemandangan master bedroom betul2 menghadap jalan utama, dapur yang lengkap dengan equipment, ruang tamu beserta tv lcd 48" dan balkoni..Memang berbaloi2..
Sebenarnya, malam tu kami tidur dengan perut yang lapar. Nak keluar cari makanan tp tak tahu nak tuju ke mana.. 
Lambatnya nak pagi.... 



 Wajah semangat ayah...senyum je...


Koleksi Maszie....
ramai yg jeles ni..

"Kami nak ke Australia"...amboi..


Dalam perjalanan ke LCCT..
Masing2 masih mengantuk...


 Cerianya Mr.Cyg ni....


Tiba di LCCT..



 Travel Agent baru..hehe



Breakfast dunki donat je..




 Bye Malaysia...