Rabu, 27 November 2013

TRIP: GOLD COAST - SURFER PARADISE DAY 1

GOLD COAST - SURFER PARADISE 
(DAY 1)


10/11/2013

Hari yang ditunggu telah tiba... 
Subuh2 lagi kami telah ke airport kerana penerbangan pukul 9.00pg. 
Kesian MASZIE kena bangun pagi2 untuk hantar kami..hehe.. Perjalanan ke Gold Coast dijangka 8jam. 
Perubahan masa pula adalah +3jam dari masa Malaysia. Dalam aircraft, kami makan kenyang2. 
2kali order nasi lemak pak nassir + 1maggie. Sebab sampai di gold coast da malam dan xtahu nak gambarkan tempat untuk mencari makanan. 
Tiba di Coolangata Airport, Gold Coast kami telah melalui pemeriksaan kastam yang sangat ketat tetapi friendly. Kami memang tak bawa sebarang makanan segera atau apa sahaja sebab takut sangat bersoal jawab dengan pihak kastam. 
Tapi sebenarnya anda boleh bawa makanan segera cuma kena declare ketika mengisi borang Incoming Passanger Card. Tujuan mereka adalah untuk elak kemasukkan sebarang jenis virus dan penyakit daripada makanan/tumbuhan/haiwan yang kita bawa dari luar. Benefit untuk rakyat mereka. Penapisan kastam adalah 3kali. Pemegang passport baru (mama+Mr.Syg) terpaksa berhadapan dengan 'extra' pemeriksaan kastam kerana mereka khuatir akan kemasukkan pendatang atau penipuan atau duplicating passport.
Suasana airport sangat berbeza dengan LCCT.. Lengang takde orang sebab kami sampai pukul 9mlm. 

Firstly, kami beli GO CARD (AUD40+AUD10-deposit) 
sebab trip esok semuanya menggunakan GoCard
Keluar dari airport, kami ingat nak naik bas saja ke tempat penginapan. Tapi oleh kerana ini adalah first time kami ke sini dan tak tahu sangat keadaan, suasana dan lokasi yang tepat, so, kami tukar plan naik teksi. 
Harganya AUD60 berhenti betul2 depan apartment. Mahal betul...Nasib baik saya bawa GPS so dapat mengagak arah perjalanan yang betul ke apartment. Dan nak tahu tak...setibanya di sana, kaunter reception tu da tutup. Ah, sudah...kat mana pulak malam ni kami nak tidur..memang kaget banget...Saya da tak tentu arah da..Ke hulu ke hilir..hujan pulak tu..kad sim pun xbeli lagi..aduss...Tiada pilihan, so saya minta pertolongan seorang penginap kat situ. 
Rupanya, owner ada tinggalkan surat dekat pintu office beritahu nombor bilik. 
Kunci bilik ditinggalkan dalam bilik yang xberkunci..
Alahai...gelabah sangat..hehe...cam explore race pun ada jugak..
Lokasi bilik memang strategik dan cantik.. 2bilik 1bilik air, pemandangan master bedroom betul2 menghadap jalan utama, dapur yang lengkap dengan equipment, ruang tamu beserta tv lcd 48" dan balkoni..Memang berbaloi2..
Sebenarnya, malam tu kami tidur dengan perut yang lapar. Nak keluar cari makanan tp tak tahu nak tuju ke mana.. 
Lambatnya nak pagi.... 



 Wajah semangat ayah...senyum je...


Koleksi Maszie....
ramai yg jeles ni..

"Kami nak ke Australia"...amboi..


Dalam perjalanan ke LCCT..
Masing2 masih mengantuk...


 Cerianya Mr.Cyg ni....


Tiba di LCCT..



 Travel Agent baru..hehe



Breakfast dunki donat je..




 Bye Malaysia...

1 ulasan:

maszie71@gmail.com berkata...

travel agent nie comel sgt...santik sgt pic at map of the world...