Jumaat, 29 November 2013

TRIP: GOLD COAST -SURFER PARADISE DAY 2

TRIP: GOLD COAST - SURFER PARADISE (DAY 2)


Pagi2 lagi mama da kejutkan saya bangun dari tidur. Nak cari beras katanya..perut da berkeroncong dari malam td. 
Dengan mata kelat saya pun gagahkan diri untuk bangun..Rasa mcm baru je lelapkan mata.. 
Tgk jam kat dinding, baru pukul 6.30pagi (waktu Australia)..
tp bila buka jendela...aduuuusss.. terang benderang.. matahari da tercacak atas kepala..
Cepat2 saya bangun untuk solat.. xtahu la nak solat apa.. solat subuh ke solat Dhuha..at last, saya solat je dua2.. 
Baru saya tahu, pukul 3.00-4.00 pagi tu ibarat seperti pukul 5.00-6.00 pagi di Malaysia. Tapi, macamanapun, waktu urusniaga adalah pada pukul 10.00pagi-5.00petang. 
Kena belajar biasakan diri.. Solat dulu, baru tidur..

So, selepas bersiap2, saya, Mr.Cyg, dan mama pergi menyusur bandar Surfer Paradise untuk mencari makanan. 
Ayah masih rasa nak bermalas2 di atas katil..
So, kami bertiga saja la jwbnye.. 
Lokasi bilik kami ni mmg strategik.. 
Dekat sangat ke bandar Surfer Paradise, pantai, bus stop pun depan bilik je.. Memang berbaloi dapat menginap di sini. Jalan kaki saja la...
Another thing yang saya silap..Rupanya ada beberapa kedai yang buka 24hours untuk beli makanan basah dan kering.. 
Kalu la tahu, xde la kami berlapar malam tadi..huhu..
Sedang mencari2 makanan, tiba2 mama panggil saya dengan keadaan yang mengejut.. 
Saya cepat2 datang ke arahnya.. takutla ada ape2 yang berlaku.. "Beras..Beras.." 
La..ingatkan apa la tadi...rupanya dia da jumpa beras..Wajah mama berubah menjadi excited..
Kenyang la kami jawabnya..Alhamdulillah.. 
So, kami terus mencari bahan untuk dijadikan lauk seperti telur, marjerin (sebagai minyak masak), garam ($4), gula ($4), kicap ($8), cili blander ($4-xyang beli sebab rasanya masam), teh uncang ($4 -sebenarnya bukan teh tapi halia), maggie ($1.99) dll. Kos hampir AUD40.. Mahal sungguh barang2 disini.. 

Ni saya bagi tip: Sebenarnya kalu nak cari bahan basah seperti ni, cari kat shopping complex berganda2 murah harganya dan lebih banyak pilihan termasuk sayur, sardin, dll.. Kedai 24jam memangla agak mahal contoh seperti 7eleven. Bila da pusing bandar Surfer Paradise tu barula kami jumpa shopping complex yang jual barang2 basah ni..Memang terkejut bila tengok harganya berbeza sgt... 
Oleh kerana masih awal pagi, jadi kami balik ke bilik untuk mengisi perut..
Petang tu, kami sambung berjalan ke kawasan pantai..memang bersih bandarnya dan pemandangan yang sangat cantik..Cuma yg xcantiknya banyak sangat yang 'free show' bersidai kat tepi pantai tu.. Layan gambar ye...

 Di Coolangatta Airport, GC


Kaunter beli Go Card

Teksi ke penginapan ($60)


 Bilik utama Mama+Ayah


 Bilik kami...Memang best tidur


Surat dari owner...

 Bersantai sebelum keluar..


Dapur yang siap dengan perkakas memasak


 Pandangan hadapan apartment

 Bawah tu office, atas tu bilik kami


Hotel yang berdekatan dengan bilik kami

Dalam bandar Surfer Paradise



Kedai 24jam untuk beli barang dapur


Di shopping complex





Perasan x, senyuman ayah yang paling lebar sekali...hehe
Cerita Day 2 ni xhabis lagi..nanti kita sambung ye..




Tiada ulasan: