Rabu, 27 November 2013

TRIP: GOLD COAST - SURFER PARADISE


TRIP KE GOLD COAST...



Hi, readers....
Baru-baru ni kami (saya+Mr.syg+mama+ayah) telah memilih destinasi Gold Coast, Australia sebagai tempat peranginan untuk tahun ni.. Sebenarnya tiket da booked awal tahun lagi sebab AirAsia ada buat promotion. Harga memang sangat berpatutan. RM1200/person (makan+seat+bagasi 20kg).  Trip ni kitorang pergi sendiri je tanpa melalui agen. So, agak berdebar la kan....

Sebelum pergi, banyak persiapan yang telah dibuat. 
1) Travel insuran dari AIG sebagai perlindungan disana termasuk aircraft delay, hilang bagasi, kecurian dirumah, kemalangan yang melibatkan rawatan di negara luar, pembelian ubatan, dan banyak lagi.. Murah saja RM105/couple. 
2) Penginapan telah di booked melalui Booking.com. Oleh kerana kami ada 4orang dan faktor makanan yang agak sukar+mahal, so saya pilih apartment 2bilik supaya boleh la merancang untuk masak memasak apa yang patut.. Harga bilik AUD450/5nite di SUNSET COURT HOLIDAY APARTMENT.  
3) Perancangan untuk menggunakan public transport (bas) lebih efektif kerana dari pembacaan saya ianya sangat mudah didapati dan tambang yang berpatutan. So, saya buat tentatif program dan survey schedule bas (termasuk no. bas, masa dll) sebagai persiapan awal. 
4) Duit juga telah ditukar di Hamid Bros (Kuantan) pada rate AUD1=RM3.08 (agak terlambat sebenarnya) dan jangan sesekali tukar di airport dan bank kerana kadarnya agak tinggi dari kedai2 biasa. Dari pengiraan budget saya, AUD1000/couple cukup untuk tambang bas, entrance, makan, dan shopping.

So, Total kos: RM6500/couple 
(tambang flight, public transport di GC, penginapan, makan, entrance, duit shopping)


9/11/2013

Harinya telah tiba. Dengan penuh bersemangat, saya dan Mr.Cyg ke Klang (rumah kakak ipar) sebab esok pagi dia telah dipertanggungjawabkan untuk menghantar kitorang ke LCCT. Selepas meredah jam dan hujan yang agak lebat, kitorang sampai ke rumahnya di BR, klang pada pukul 4.00ptg. Sampai je, makanan lazat telah terhidang...Amboi, pakej yang bagus ni...Cam biasa, bila perut da kenyang mata pun nak terkatup.. Yela, mengantuk sangat sebab da beberapa malam xdpt proper tidur. Tak tahula mata ni xnak lelap...Aduusss... 
Pukul 9mlm, bersiap2 untuk ke LCCT ambil mama+ayah (trip JB-KL). Ayah malas nak memandu. Kebetulan AirAsia ada buat promotion RM0.00/tiket. Tapi selepas tambah tax, seat, dll kene byr la jugak RM100/person pergi balik..Di airport memang penuh dengan penumpang tak kira siang atau malam. Kemana la diorang ni nak pergi agaknya..berjalan je kan..hehe..
Dalam perjalanan balik, sempat gak singgah makan di D'King, Klang yang famous dengan mee udang banjir. Memang TERBAIK.....Saya+mama makan Nasi goreng ketam, Mr.Cyg Nasi goreng seafood, dan ayah Mee Udang Banjir. Memang puas hati dan sangat2 sedap..Kenala dengan trade mark kedai ni, mee udangnya memang terasa kelainannya dengan limpahan udang yang banyak....kira cukup rasa la.. Da kenyang apa lagi, balik tidur untuk kumpul energy...

 Sebelum bertolak ke Klang...Muka semangat tu..


Makan di D'King restaurant selepas ambil mama dan ayah dari airport...








 Mee Udang Banjir


Nasi Goreng Seafood

Nasi Goreng Ketam




3 ulasan:

maszie71@gmail.com berkata...

banjir tu yg sedap...

maszie71@gmail.com berkata...

cepat certa di GOLD COAST...tak sabar nie

LeeZ berkata...

waaa baca blog akak ni rasa tak sabar lak nak pergi GC/Sydney hujung bulan ni...lambatnya masa berlalu...ok nak baca lagi...hehehe