Isnin, 23 Disember 2013

Baiknya hati cleaner tu...

Story mory


Saya ada 1 story nak share dengan readers ketika berada di Gold Coast baru-baru ni.. Masa di Pasific Fair, saya duduk sebentar dalam shopping complex sementara menunggu mereka2 ni window shopping dikawasan sekitarnya.. Belakang tempat saya duduk tu ada sebuah restaurant terbuka yang masih lagi berada dalam shopping complex. Ada beberapa orang pelanggan sedang membeli makanan, berborak dll. 
2 orang cleaner berpakaian lengkap seperti polis sedang membersihkan kawasan sekitar betul2 kat depan saya.. Pantang nampak sampah terus sapu.. xde la buat muka masam ke.. 
"Bagus betul orang sini ye.. Kerja ikhlas.."
 gumam saya dalam hati

Selang beberapa minit, 2orang budak kecil dalam lingkungan 10tahun seperti sedang mencari sesuatu kemudian duduk dikerusi saya. xlama mereka bangun menghampiri sepasang couple yang sedang makan dan baling sesuatu ke bawah kerusi perempuan tersebut dan dengan cepat mereka lari keluar dari bangunan tersebut..

Kemudian, bunyi 1 letupan yang kuat mengejutkan kami yang ada berhampiran.. Jangan salah faham.. bukanlah bahan letupan yang berbahaya tu.. Mungkin 'letupan gurauan' je.. 
tapi kesian jugakla kat perempuan tu sebab telah mengotorkan pakaian dia mungkin akibat terkejut dengan letupan tersebut.. 
Then, 2 cleaner tu terus datang menghampiri perempuan tersebut.. saya agak dia bertanyakan pasal kejadian tu la agaknya sambil tolong membersihkan semula kawasan tersebut dan membantu perempuan tersebut dengan memberikan tisu dan sebagainya... (1 lagi sikap mereka yang saya sangat puji)..

Rupanya kisah tu xhabis setakat itu.. 
Mereka usaha mencari 2orang budak tu dikawasan sekeliling dan akhirnya...
pucuk dicita ulam mendatang..
Budak tu terjongol kat kawasan tu balik..mungkin dia ingat da settle la kot... 
Cleaner tu terus tangkap budak tu, bagi kauseling percuma, dan minta budak tu mintak maaf dengan couple tadi.. 
Budak tu pun akhirnya pergi la jugak jumpa mereka dan meminta maaf sambil diperhatikan oleh cleaner tersebut..


Dalam fikiran saya, banyak pengajaran yang saya dapat dari kes di atas:

1) sikap cleaner (saya anggap mereka cleaner sebab pegang penyapu) yang sentiasa membersihkan kawasan dengan wajah yang ceria xdela msam mencuka ke marah ke dan sebagainya

2) Cleaner tersebut rela hati membantu couple tersebut dengan memberikan tisu, mengelap, dan membersihkan tempat tu tanpa disuruh pun..

3) cleaner tu usaha mencari budak tersebut dan suh mintak maaf dengan couple tu..  

4) cleaner ni memang orang mereka la xde imported punya.. tapi xkira lelaki ke perempuan memang sangat rajin membersihkan kawasan.. xnampak mereka mengulor... Bukan dekat tempat ni je tempat2 lain yang kami pergi pun memang camtu la mereka ni

5) Peralatan mereka bukan canggih tapi smart.. terlupa nak ambil gambar kan...


So, bagusnya kalau cleaner di Malaysia pun camtu jugakkan...

1 ulasan:

Bella berkata...

byk berjalan byk pengalaman....so e kata bukak bisnes cleaner n praktikan kat msia..