Sabtu, 6 Julai 2013

TEKANAN DARAH RENDAH (HIPOTENSI)

INFO TEKANAN DARAH RENDAH


Tiba2 kepala rasa pening yang amat sangat. 
Perut dan tekak rasa xselesa.
Badan dah xtentu arah..
Dalam fikiran mungkin disebabkan oleh jatuh pengsan 2hari lepas..
Ambil alat tekanan darah, pasang kat tangan, dan tekan button start..
Reading..
75/67 degupan 85  
Ermmm....salah ni...check sekali lagi

Reading...
85/68 degupan 85
Ok, maknanya tekanan darah rendah..

Patutla sakit kepala sgt..pandangan ni lain mcm je..xseperti biasa..


Atas keprihatinan yang tinggi pada diri sendiri, jadi saya membaca beberapa info/maklumat berkaitan tekanan darah rendah..


Tahukah anda bacaan normal adalah 
Atas (115-135 mmHg)
Bawah (75-85 mmHg)


Dan kadar degupan:

Normal : < 50/min
Bagus : 51-69/min
Pertengahan : 70-79/min
Sederhana : 80-89/min
Buruk/Poor : >89/min

(bacaan saya menghampiri BURUK)



Sebab2 dan simptom tekanan darah rendah
Atas:
1) Abaikan sarapan
2) Keletihan
3) Kurang gula dlm bdn
4) Pening/pitam
5) tangan/kaki kebas

Bawah:
1) kelemahan buah pinggang
2) kerap kencing
3) kurang minum
4) kulit kering
5) Cepat letih
6) Daya tahan badan rendah
7) nafas pendek
8) Cenderung mendapat keputihan

Dan 10 dari 13 sebab di atas ada pada saya..
Memang silap saya..
Tapi menyesal pun da xguna..



Kenapa tekanan darah rendah?

a) Kurangnya kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan disebabkan kerosakan/kelainan fungsi otot jantung, irama jantung yang tidak normal, atau sebarang penyakit pada jantung

b) Kurang jumlah darah dalam badan disebabkan pendarahan hebat, dan buang air yang kerap walaupun kurang minum

c) Pelebaran pada pembuluh darah menyebaban penurunan tekanan darah disebabkan ubatan vasodiktor.

Tekanan darah yang rendah menyebabkan kekurangan oksigen yang dibawa dalam darah di salur ke seluruh badan yang boleh membawa kepada pitam



Cara mengatasi: 

1. Bykkan minum air (8-10 gelas sehari)
2. Makan makanan yang mengandungi kandungan garam
3. Bersenam
4. Memakai stokin elastik
5. Ambil sarapan dan makanan yang bergizi
6. Tidur mencukupi minimum 6 jam
7. Makan vitamin


Ok, nampaknya hari ni saya TERPAKSA rehat seketika untuk kembalikan tekanan normal pada darah..
Sebab

SAYA SAYANGKAN DIRI SAYA






Tiada ulasan: