Rabu, 10 Julai 2013

SALAM RAMADHAN DARI TINTANASHAQ

SALAM RAMADHAN..



Sempena di bulan barakah ini, saya mengucapkan 
SELAMAT BERPUASA

kepada seluruh umat islam tidak kira bangsa dan dimana jua..

Memetik kata2 dari hadis nabi Muhammad:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana ALLAH mewajibkan kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadhan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu2 neraka dn dibelenggu syaitan. Dan terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa diharamkan dan ditegah daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan"


SubhanaALLAH...
betapa kasihnya ALLAH pada hambanya sehinggakan didatangkan bulan keberkatan untuk manusia mendapatkan keredhaan dari-NYA. Disertakan juga untuk kebaikan rohaniah dan jasmaniah hambanya. 
Sesungguhnya 
ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK KERANA DIA ADALAH PENCIPTA MANUSIA




Hikmah berpuasa:
Rohaniah:
1. menguatkan keperibadian
2. meluhurkan kesusilaan
3. membersihkan jiwa insan
4. menundukkan nafsu jahat (kejantinaan, kebendaan, percakapan dll)


Jasmaniah:
1. Bagus untuk kesihatan dan rawatan penyakit




Kata2 dari Imam Ghazali:

"Kekosongan perut orang yang berpuasa bukanlah merupakan satu azab atau penderaan tetapi sebagai langkah memperoleh kecergasan rohani dan kesegaran jasmani kerana akal fikiran ketika berpuasa sedang membangun"



Sebagai renungan kita bersama...


1 ulasan:

Bella berkata...

Salam Ramadhan jugak!