Selasa, 25 Jun 2013

PENYEMAIAN AWAN

PENYEMAIAN AWAN


Sumber dari internet


Baikla..hari ni masih lagi mood JEREBU atau HAZE..
Mari kita sama2 memahami konsep dan cara penyemaian awan dilakukan. 
Sebenarnya ini kajian 'kami' ketika di TAHUN 3, UTM (3SAW)
Selongkar2 folder jumpa juga tajuk ni..
Rezeki la kan untuk anda semua....




SEDIKIT SEJARAH PENYEMAIAN AWAN

Kajian ini telah dijalankan oleh Dr. Vincent J. Schaefer (pekerja General Electric Lab), New York. 
Beliau membuat ujikaji dengan memasukkan ais kering ke dalam satu ruang bersama-sama dengan kepulan wap.
Hasilnya, hablur-hablur ais tersebut telah membentuk nukleus yang membantu dalam menambah saiz titisan air. 
So, kesimpulannya:


AIS KERING + KEPULAN AWAN 
TITISAN AWAN (BERTAMBAH & BERAT MENJADI HUJAN)


Kajian dari Bernard Vonnegut,seorang ahli sains atmosferik telah menemui potensi argentum iodida dalam membantu penyemaian awan tahun 1946. Argentum iodida sebagai bahan penggalak kepada hujan. Ianya telah dipraktikkan di Queensland, New Englaand, New South Wales, Warragamba barat dan kawasan tadahan Sydney pada sekumpulan awan kumulus dan hasil kajian seperti yang dijangka.


MALAYSIA?

Malaysia juga pernah menjalankan proses pembenihan awan setelah menghadapi kemarau yang berpanjangan pada tahun 2005. Ianya telah dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca untuk sekitar kawasan tadahan Empangan Pedu, Empangan Muda, dan Empangan Timah Tasoh. Tujuannya adalah untuk meningkatkan air di empangan bagi proses penanaman padi dan kegunaan domestik. 
-utusan malaysia, 18 mac 2005-


APA ITU PENYEMAIAN AWAN?

Satu proses yang dijalankan untuk memperkenalkan zarah-zarah lain ke dalam satu kepulan awan yang akan bertindak sebagai kondensasi awan di samping membantu dalam pembentukan pemendakan.



LANGKAH2 SEBELUM PENYEMAIAN AWAN

1. Faktor Cuaca
2. Mengukur keadaan semasa awan
3. Mengukur kelajuan angin (<20 knot)

-sekiranya >20knot, angin akan memecahkan awan sehingga menyukarkan proses penyemaian awan.



PROSES PENYEMAIAN AWAN

1) Mod Statik
- penyemaian dilakukan dengan cara menambah hablur2 ais (dalam bentuk argentum iodida / ais kering) pada tahap kurang 0celcius. 
-Sebagai bahan penggalak untuk proses pembekuan 
-Dilakukan ketika keseimbangan tekanan wap berada pada tahap paling rendah
- sehingga satu tahap, peleburan berlaku maka hujan akan turun


2) Mod Dinamik
- Untuk menambah isipadu curahan hujan, arus udara disiramkan terus kepada awan secara menegak.
- Ianya akan menggalakkan pertambahan hablur ais yang terhasil daripada proses mod statik


3) Penaburan Higroskopik (Malaysia)
- Hablur masin/ kalsium klorida (garam campuran bersaiz 50mikron) dilepaskan kedalam awan.
- Tujuan untuk membantu membentuk pemendakan awan sekiranya penyemaian dilakukan di kawasan zon tropika.
- Pesawat jenis Casa C 212-200 dibuat khusus dengan tambahan alat corong penyalur garam (chimney) yang dihubung kelubang udara berdiameter 40cm
- Pihak kawalan di darat memberi info terkini titik awan kumulus yang biasanya pada ketinggian 9000 kaki
- Mereka mengenalpasti awan tersebut berpandukan alat pemantau awan
-campuran garam (3tonne/hari) tersebut segera dituang ke dalam corong penyalur garam sebanyak 3 kali/hari
-Dapat menghasilkan hujan lebat (10-20mm/hari)
- Campuran garam tersebut bertindak menarik wap air dari sekeliling dan membentuk titis2 air yang berperanan dalam proses pembentukan butir2 hujan didalam awan.
- awan akan menjadi cepat matang dan isipadunya lebih besar dari biasa
- Hujan akan turun dalam tempoh 1jam (paling cepat)


Ada kaedah lain?
Satu lagi cara adalah dengan menggunakan bahan glasioganik dimana bahan ini dapat menghasilkan ais. 
Ianya ditabur di atmosfera pada ketinggian tahap beku.
- Kerana pada lapisan ini banyak terdapat wap air yang sangat sejuk
- So, dengan bahan tersebut ianya membuatkan wap air membeku dengan sangat cepat
- Ais yang turun ke lapisan lebih rendah secara perlahan2 akan mencair dan membantu dalam pertambahan jumlah air hujan. 


KEBAIKAN PEMBENIHAN AWAN

1) Dapat mengatasi masalah kemarau
2) Penyelesaian kepada masalah jerebu yang kritikal
3) Untuk menambah bekalan air yang terganggu bagi proses penanaman padi (makanan utama rakyat Malaysia), domestik dan penjanaan hidroelektrik



KEBURUKAN PEMBENIHAN AWAN

1) Kemungkinan berlaku banjir kilat disebabkan perubahan cuaca
2) Kos yang tinggi (peralatan yang canggih digunapakai)
3) Perlukan kepakaran dan pengendalian
4) Penurunan hujan tidak dapat dijangka dengan tepat
5) Kuantiti hujan tidak dapat dikawal





Sebenarnya, ini merupakan penyelesaian yang bijak pada masa yang bijak daripada masalah menjadi semakin kritikal. 

Apapun, ini hanya ciptaan manusia

Kuasa TUHAN tiada tandingannya....

Tiada ulasan: