Part 2... ke KELANTAN
Esok pagi2 kami check out bilik. Kami bersarapan berdekatan dgn hotel je untuk menjimatkan masa. Hotel ni xsediakan breakfast tp byk kedai2 berhampiran yang menyediakan juadah sarapan yang menepati selera. Nasi lemak, mee goreng, nasi dagang, laksa, kuih muih..nyum2...Bile perut da kenyang, barula ade mood nak jalan...hehe
Kami pun meneruskan perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Kalu ikut map kurang 2 jam da sampi. Dekat je..Tempat yang kami tuju adalah Kampung Kraftangan. Hasil carian saya di google.com. Mmg berbaloi..Byk cenderahati yang boleh dibeli.
Byk deretan kedai makan yang ada disekitar tempat ini dan terdapat juga masjid besar (Masjid Muhammadi) untuk pelancong2 menunaikan ibadat solat. Tip penting: tempat2 yang berbayar ni ditutup pada pukul 1.00ptg-2.00ptg (rehat) dan dibuka semula selepas pukul 2.00ptg. Dlm kampung ni (nama je kampung tp dalam bandar), terdapat:
1)Istana Batu Muzium Diraja:
-tempat tinggal raja2 kelantan dahulu. Ianya dijadikan muzium setelah raja kelantan yang kini telah berpindah ke tempat lain. Dlm istana ini, ditunjukkan tempat makan, bilik2 raja termasuk bilik yang digunakan oleh permaisuri ketika gering, cenderahati dari pelbagai negara. Mmg sgt menarik. Ape yang boleh saya simpulkan adalah raja kelantan sangat bersederhana dan berjiwa rakyat (cth; mengimamkan solat, menghadiahkan 100ekor daging korban (kalu xsilap) dan sama2 turun padang untuk majlis2 bersama rakyat tanpa perlukan 'persediaan rapi'... Saya sangat respect pada raja kelantan.
Gambar atas tu mama, ayah dan anak sedara saya yang comel. Gambar ni depan pintu masuk muzium tu. Dalam muzium tidak dibenarkan mengambil gambar sebab tu xde gambar dalam simpanan. Cuba view page http://kelantan.attractionsinmalaysia.com/TheRoyalMuseum.php utk lihat lebih detail. Tiket masuk RM2.00
2) Muzium Kraftangan
- Muzium ni terletak dalam kampung kraftangan. Terdapat pelbagai bentuk kraftangan hasil tenunan, cetakkan, dan macam2 lagi. Tiket xmahal pun RM1.00 kalu xsilap la ye.
Sebenarnya dalam bangunan Muzium kraftangan ni, ada kelas lukisan dan jahitan. Time kami masuk ni kelas tgh rehat sebab tu xde orang. dan lukisan ini sbnrnya dijual dgn harga yg berpatutan.
3) Pasar Siti Khadijah
Ianya bukan terletak dalam kampung kraftangan, tapi berhampiran dengan kampung kraftangan. Sangat dekat. Jalan kaki je..sbb tu saya kata tempat ni sgt strategik..Saya rasa xperlu kot terangkan pasal pasar ni sbb ramai yang da tahu pasal pasar ni. Kat pasar ni, saya beli selimut (mmg best, tebal dan lembut), baju kelawar (mak mertua), tuala (sebab jenis sulam) dan blouse (sepasang dgn adik beradik saya). Cuma tips dari saya : jgn gopoh nak beli. survey dulu. Sbb masa saya beli selimut ni harga habis tawar RM23. Kedai lorong lain, harga RM20 xtawar pun lagi..huhu...nasib baik best..
Saje nak tayang baju baru..xpakai lagi ni..
Da penat shopping, saya dan ahli2 rombongan yang lain bergerak balik sbb hari da ptg... Sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik dikelantan tp masa tidak mengizinkan. perjalanan masih jauh (anggaran 10jam ke johor)...TAPI......keropok lekor xbeli lagi!!!!!!!!
Aduh...saya da start pening kepala...mana nak cari ni..Hari dah makin gelap..so, ape lagi..google.com kan ade. Selepas perbincangan dgn kak noor (no. tel ambil dari internet), alhamdulillah kak noor sudi tunggu kami pukul 1.00pagi untuk beli keropok lekor dan pelbagai jenis hasil laut yang lain. Kedai ni terletak di jalan kemaman-kuantan (selepas pintu gerbang kemaman-kuantan kalu dari kelantan ke johor) tepi jalan. Ni saya ada sertakan FB kak noor. Orang nye pun sangat baik:
Begitula pengalaman saya membawa rombongan 40orang dari johor ke Terengganu-Kelantan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan