-KARIPAP SARDIN-
Resepi Kulit Karipap:
1 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
1 sudu tepung ubi
1 sudu marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
2 sudu minyak panas
air sejuk (secukupnya)
Cara menyediakannya:
- campur semua bahan di atas dan uli sehingga berbentuk doh (sehingga campuran tadi xmelekat ditangan). Tip: air tu masukkan sikit2 supaya xterlebih air
- kemudian ambil sedikit doh tadi (yang dah dibentuk bulat2 kecil), nipiskan dia menggunakan penggelek tangan, letakkan di atas pencetak (yang telah disapu sedikit tepung supaya tidak melekat), letakkan inti sardin, dan ketapkan dia...jadilah "KARIPAP SARDIN"...kalu isi kentang "KARIPAP KENTANG"..
Saya buat untuk sarapan. Sebab tu saya simpan dalam tupperware. So, esok pagi tinggal goreng je...
"NYUM2...RANGUP, SEDAP, MENYELERAKAN"
2 ulasan:
wowwww.... sedapnya cik nashaq..bolehlah sya tiru resepi kamu ni yerrr
boleh2 cik ell...sila2...in Sha ALLAH mmg sedap..
Catat Ulasan