SENARAI HADIAH UNTUK SI-DIA
Mmg pening kalu nak fikirkan hadiah apa yang terbaik untuk kaum adam ni.. sebab xbanyak pilihan kan.. dan dah tentunya limited choice yang ada ni pun agak mahal...
Sebenarnya beberapa hari ni saya duk sibuk mencari hadiah untuk AYAH...
sempena birthday (wlpun da terlepas) + farther's day
kire sekali la ye..aci xcamtu??
So, list hadiah yang di cadangkan:
1) Pakaian
- Seluar: bukan pilihan yang bijak sebab ianya memerlukan pengukuran yang betul, potongan, jenis, dan keselesaan juga sangat penting kepada penerima.. SO, jgn ambil risiko..
- t-shirt@ kemeja : boleh dipertimbangkan dan byk pilihan serta brand yang sesuai. Ianya xla terlalu sensitif ketika membuat pillihan. sekarang ni pun tgh banyak sale pakaian lelaki sempena Farther's day..
2) Accessory
- Sapu tangan/stokin : Sesuai juga untuk pemberian kepada si ayah jika baget rendah. Walaupun npk simple tp ianya perkara 'penting' untuk lelaki..
- Bags : ada byk jenis contoh briefcase, waist bag (diletakkan dipinggang), hand bag (bukan perempuan je yg ada hand bag k), card holder yang berbentuk bag (saya pernah tengok di butik Bonia), dan mcm2 lg la..cantik dan sesuai untuk dijadikan hadiah..
Gambar Hiasan Sahaja |
- Belt : yang ni pun cantik juga.. and some brands menyediakan kotak yang cantik untuk pembungkusan. Skrg ni de pattern baru xperlu tebuk lubang. So, laraskan dipinggang dan terus ketapkan sahaja...Saya tgh usha yang ni la..
- Wallet : ada 3 sizes: kecil, sederhana dan besar.. Saya pun baru tahu ni..selama ni rasa sama je saiz nye..
3) Gadget
- sekarang ni trend gadget kan..so, sesuai juga untuk diberikan sebagai hadiah.. Kalu rasa brand apple terlalu mahal, so saya suggestkan beli brand 'sony'. Cantik banget..video dalam bentuk HD1080, mcm view kat tv-version. ringan, camera 8-13 megapixel, menggunakan app. android. Serendah RM890 (yang paling saya berkenan-xmahal sgt dan xmurah sgt)
layari web ni utk keterangan lanjut : (http://www.sony.com.my/productcategory/mob-phone)
Wlbgmanapun, ayah saya xminat menggunakan gadget2 ni..ye la..org lama..simplest is better..
Apapun, sebelum anda decide hadiah yang sesuai, Check dulu:
1) Budget: berapa banyak anda peruntukkan untuk si 'dia'
2) Brand : pastikan dulu brand kegemaran si dia..supaya dia more exciting dgn hadiah anda tu..
3) Minat : pastikan juga minat si 'dia'. Kalu minat sukan prefer kasut sukan, brg sukan team kesukaannya..
4) Umur : belilah yang bersesuaian dgn umurnya..kalu kanak2, xkan la nak belikan breafcase plak...
Ok, SELAMAT HARI BAPA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan