ALOR SETAR ----- KEDAH
Date : 18-22 Feb 2013
Hai, semua....
Saje nak kongsi dengan readers tentang pengalaman kami ke Alor Setar, Kedah.. Saya pergi ngan Mr.Cyg atas urusan 'kerja' saya dengan MADA, kedah. Sebenarnya urusan tu 1 hari je tp saya saje booked lama untuk menenangkan fikiran...harapannya la..
Kami ke sana dengan menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS). Jgn salah faham. Kebetulan pada masa tu tiket tengah murah. Baru RM40/person. Pergi balik untuk 2org baru RM200.. relax je..xpenat nak drive...
Saya da booked hotel sebelum bertolak lagi..Bee Garden Hotel.. Di tengah2 bandar Alor setar (dari bilik nampak menara alor setar). Hotel biasa2 je..Hari nak bertolak ni Mr.Cyg da start demam dan xsihat.. Alahai...kesian Mr.Cyg saya. tp oleh kerana tiket da booked so terpaksala pergi juge..
Tip: Jgn lupa bwk GPS ye..
Muka sakit Mr.Cyg dan muka ceria saya..
-BEE GARDEN HOTEL
sampai je kami terus cari kereta sewa. Kat kedah xsama cam kat langkawi. Kereta sewa murah..Yela, sebab Langkawi kan pulau...RM60/hari -ni harga diskaun sebab kami sewa 5hari. Itupun kancil je..xpe la..jimat minyak..
Sempat posing walaupun xsihat |
Sebelum check in, kami beli siap2 makanan sebab da tengah malam. Ye la, kat negeri orang..xtahu sgt keadaannya.. |
HARI 2
Kami ke MADA kerana ada perbincangan dengan Jurutera MADA. Selepas kerja saya selesai, demam Mr.Cyg makin menjadi2..dia da start xtentu arah, xselesa..kesian dia. Saya ajak dia ke klinik untuk ambil ubat.
Makan di Alor Setar ni murah sangat..bayangkan kami bersarapan dengan harga RM3.00 sahaja..terkejut sgt.. |
Kereta sewa |
Ke klinik berdekatan sbb Mr. Cyg da sakit sgt |
alhamdulillah..malam tu Mr.Cyg saya da sihat skit selepas makan ubat+tidur yang cukup. So, mlm tu kami berjalan2 di Menara Alor setar. Kebetulan di sana ada KARNIVAL SEMPENA ULANGTAHUN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KE 9. Dan malam tu adalah malam kemuncaknya..
Hows lucky we are...
Dapat jugak pekena laksa kedah |
Persembahan silap mata. Dia ni ade masuk pertandingan BAKAT MIMPI KE BINTANG - TV2 |
Nampak macam da sihat..alhamdulillah.. |
HARI 3
Pagi tu demam Mr.Cyg datang balik... So, kami xkemana..kene duk kat bilik je la..
Petang, saya ajak Mr.Cyg keluar jugak...cari air kelapa..manala tahu leh kebah demam.. kami pergi ke bandar Sungai Petani..
Nasib baik jumpa air kelapa..kat tepi jalan je.. |
Saya sebenarnya xpernah terfikir perkara sebegini berlaku..sbb xpernah menempuhi saat2 begini..sangat mendebarkan..sebab kami xde sesiapa di bandar ALOR SETAR ni...
walaubagaimanapun...
saya bersyukur kepada ALLAH kerana semua urusan dipermudahkan...
ALHAMDULILLAH
tips: pastikan anda sentiasa membawa kad insuran untuk memudahkan urusan 'yang xdiduga' seperti ini...
1 ulasan:
dugaan....sabor le chek
Catat Ulasan