JEREBU?
Hari ini saya buka topic ini sebab sekarang ni Malaysia sedang dilanda masalah jerebu...
Sumber dari utusan menyatakan bahawa punca kejadian jerebu ini adalah kerana pergerangkan asap jerebu tebal dari Wilayah Riau, Sumatera Tengah. Sehingga 21/6/2012, bilangan titik panas masih tinggi iaitu 173 berbanding pada awalnya 187.

Rate IPU
0 - 50 = Good
51 - 100 = Moderate
101 - 200 = Unhealthy
201 - 300 = Very Unhealthy
> 300 = Hazardous
0 - 50 = Good
51 - 100 = Moderate
101 - 200 = Unhealthy
201 - 300 = Very Unhealthy
> 300 = Hazardous
Bagaimana Jerebu Terbentuk?
Jerebu disebabkan terdapat partikel2 terampai dalam atmosfera bergerak secara perlahan dan terkumpul. Pada kepekatan tinggi, zarah ini menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk berkurang. Ianya 'menyerang' Malaysia kerana pada masa ini Malaysia dalam Monsun Barat Daya; atmosfera yang stabil dan kurangnya pergerakan udara menegak dan mengufuk. Awan juga tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Ditambah pula sumber pencemaran yang banyak di malaysia menggalakkan lagi pembentukan jerebu.
-Sumber dari JMM-
-Sumber dari JMM-
Pihak Bertanggungjawab
Pada keadaan jerebu sebegini, banyak pihak memainkan peranana.
1) Jabatan Alam Sekitar
-mengawal kualiti udara dengan mengukur tahap pencemaran udara terkini. Parameter yang diambil kira adalah karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon dan habuk terampai menggunakan telemetri
2) Jabatan Meteorologi Malaysia
-monitor keadaan atmosfera berhubung dengan cuaca. Parameter yang diukur adalah kepekatan jumlah zarah terampai secara langsung dengan keamatan jerebu, ketampakkan mengufuk, kelembapan bandingan dan halaju angin.
Kesan kesihatan kepada penduduk:
1) Radang mata
2) Pembentukan mokus (selsema)
3) Sistem pernafasan tersumbat
4) Radang paru2 dan meninggalkan parut pada tisu paru2
Tindakan untuk Merawat Jerebu:
Agen untuk menghapuskan/mengurangkan jerebu adalah HUJAN dan/atau ANGIN. Walaubagaimanapun, akibat daripada cuaca kering disebabkan dari Taufan Tropika Bebinca (Fabian) maka menyukarkan proses pengumpulan awan (dari proses penyejatan) berlaku.
Satu lagi kaedah yang memerlukan kos yang agak tinggi adalah dengan PEMBENIHAN AWAN. iaitu proses mempercepatkan pembentukan hujan. Menurut JMM, kaedah ini pada masa ini masih lagi tidak dapat dijalankan disebabkan kaedah ini memerlukan awan yang berpotensi untuk penanaman benih hujan. Tapi disebabkan oleh taufan tersebut masih melanda, maka ditunggu sehingga waktu yang sesuai. Tarikh jangkaan: selepas 24/6/2013 (hari ini).
Dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Cara Menangani:
1) Minum air dgn kadar yang banyak
2) Membasuh muda dan anggota tubuh yang terdedah pada jerebu dengan kerap
3) Kurangkan aktiviti luar rumah
4) Pakai topeng/mask pelindung
5) Sila rujuk pakar sekiranya keadaan kesihatan kritikal
Talian Membuat Laporan:
999 (JBPM)
1-800-88-2727 (JAS)
999 (JBPM)
1-800-88-2727 (JAS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan