Selasa, 4 Jun 2013

Novel : SMART WOMEN don't retire THEY BREAK FREE

Assalamualaikum...

Saje nak berkongsi dgn followers semua berkaitan dgn buku yang saya beli bertajuk

"SMART WOMEN don't retire THEY BREAK FREE"

walaupun saya xbekerja lagi, tp tajuk buku ni sgt2 menarik perhatian saya untuk membelinya dan mengetahui isi kandungannya. In my 1st thinking, 'retire' will break free. But don't judge a book by its topic. hehe...



Buku ini diterbitkan hasil daripada kajian dan perkongsian pengalaman daripada 'WOMEN' yang terpaksa retire disebabkan oleh faktor usia, kecacatan, dan masalah keluarga.  Actually, buku ni cuba memberi semangat kepada bekas pekerja2 wanita yang telah berhenti/diberhentikan kerja dan suggest aktiviti2 yang boleh dilakukan setelah 'pencen'. 

Tertarik dgn petikan makna RETIREMENT 
" the portion of our live when we are TOO OLD to work and TOO YOUNG to die"
"Tanpa gaji" "hilang pekerjaan" "hilang kebolehan untuk melakukan kerja yang sangat kite suka" 
"seperti hidup ini dah tiba dipenghujungnya"

Mungkin tanpa kite sedari inilah yang akan bermain dalam minda kite. 
TAPI..
status 'Pencen' wanita kini xsama dgn status 'pencen' atok, nenek, moyang kite. Mereka digelar 'pencen' setelah kehilangan/kematian suami (iaitu berhenti daripada membuat segala tugasan rumah, menjaga anak2, dan berhenti mendapat 'gaji' dari suami mereka) atau lebih dikenali sbg janda. 


Sbnrnya 'RETIRE' memberi kita kebebasan hidup dalam corak pilihan kita sendiri. Cuba manfaatkan 'kebebasan' masa yang kita ada dengan mengatur aktiviti2 yang lebih bermanfaat tanpa tekanan dari mana2 pihak.

Seperti pengalaman dari 'retired women' dlm buku ini, most of them membuka perniagaan sendiri mengikut minat masing2. - idea yang bijak bagi saya
Ada yang mengisi masa lapang dengan beriadah (senaman), bercampur dengan masyarakat sekeliling, dan buat ape yang kite xdapat buat ketika bekerja (cth: menumpu perhatian pada keluarga)

So, bermula dari hari ini:
1) try to change the 'retire' term to the REINVENT & REGENERATE
2) Stop calling 'retiree', but change to the third-agers / 2nd adulthood in maturity/independence planning.  
3) force to change

"I could'n try and brainstorm alone, but if I sit down with two or three others, at the end of the evening I've got five ideas and not just one."  -Moira
-pentingnya pergaulan yang sihat-

"This is the first time in my life I've ever spent so much time with people my own age. It makes me realize how important just doing what I want to do in life is" -Robin

Kesimpulannya, jgn patah semangat atau terlalu memikirkan kebosanan yang bakal kita lalui..
 kerana jika kita bijak menggunakan 'kebebasan' itu, kita dpt merasakan bhw hidup kita akan lebih bermakna dari sebelumnya...




Tiada ulasan: