Jumaat, 21 Jun 2013

APA YANG PERLU DI LAKUKAN SELEPAS 'KEMALANGAN TAYAR'?

TERLANGGAR SERPIHAN TAYAR DI JALANRAYA??

Pernah kah anda mengalami situasi sebegini? 

Baru2 ini kereta kesayangan kami terlanggar serpihan tayar di lebuhraya pantai timur.
Tetapi kami tetap meneruskan perjalanan kerana jalan gelap. Tengok jam pukul 4.00pg. Di tempat kejadian itu pula terdapat sebuah lori (kepunyaan tayar tersebut) dan 2buah kereta (4org lelaki muda) sedang berbincang. Menyebabkan saya suruh Mr.Cyg teruskan sahaja perjalanan sehingga keluar dari lebuhraya. 

Selepas bayar tol, Mr.Cyg pun membuat 'pemeriksaan' secara rawak  terhadap kereta kesayangannya.
"Errmmm..beribu jugak ni" ayat yg terluah dari Mr.Cyg. 
Saya beranggapan mungkin teruk la keadaan keretanya..

Kami teruskan juga perjalanan sehingga ke balai polis utk membuat report. Betul2 sampai didepan pintu pagar balai, kereta jd 'berat' dan mati..
Lampu warning menyala...
Alhamdulillah, nasib baik sampai di balai baru buat hal..

Esoknya, kami buat report. Alhamdulillah nasib kami baik sekali lagi kerana pagi tadi driver lori tu buat report mengaku tayar di atas jalan itu kepunyaannya. Itupun, setelah didesak oleh sebuah kereta honda yang juga terlibat dalam kejadian tersebut. 

Kemudian, Mr.Cyg call towing utk hantar keretanya ke toyota, kuantan. Setelah berbincang dan menyerahkan dokumen penting, kereta kami telah siap dibaiki dalam tempoh 20hari.

Sebenarnya, disini saya nak bagi tip pada anda semua apa yang sepatutnya anda lakukan:

1) Berhenti kan kenderaan anda di tempat kejadian. 
Cuba ingatkan lokasi kemalangan dengan mengambil 'km route' sbb itula 1st quest dr polis.
2) Call towing toyota 
1-800-888-247


Hanya gambar hiasan

Talian emergency ada tertulis pada sticker ni..


3) Buat report dan beli copy report kenderaan dan lori tersebut
4) Hantar ke Toyota


Kenapa kena call towing? 
sebab apabila melanggar tayar seperti kes ini, kemungkinan tangki air akan bocor. Bila tangki air bocor dan kering (akibat kita meneruskan perjalanan), berkemungkinan besar merosakkan enjin. Dan sekiranya ini berlaku, insuran tidak akan cover sekiranya didapati anda teruskan juga perjalanan.
Tip juga: jangan masukkan air walaupun tangki air anda kering kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk akibat perubahan suhu yang ketara.



Dokumen yang diperlukan oleh TOYOTA

1) Police report
2) Insuran polisi/cover note
3) Geran copy
4) Ic copy
4) Licence copy



Dokumen yang diperlukan untuk membuat claim 3rd party 
(kira claim menggunakan insuran lori tersebut)

1) report polis (kereta kita dan lori tersebut)
2) keputusan kes
3) Insuran pihak ke-3 (beli di JPJ - RM10)


Dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan loss of use pada pihak insuran pihak ke-3

1) surat - minta di toyota
2) dokumen2 di atas
3) dokumen baikpulih dari toyota



Layan gambar ye...



Di waktu kejadian

Nampak mcm sikit tapi teruk sebenarnya..Mr.Cyg mmg da xde mood la masa ni..2hari xbercakap..tanya sepatah jawab sepatah..mana xnya..kereta kesayangan..
Total: RM7***








Esok paginya selepas buat report


Towing dari TOYOTA







Selepas 20hari - wajah baru


Owner pun da ceria




Alhamdulillah...




1 ulasan:

maszie71@gmail.com berkata...

i like yellow towing....