Ahad, 16 Jun 2013

PILIHAN INTERNET TERBAIK

MANA SATU PAKEJ INTERET YANG PALING BAGUS?


Sekarang ini, macam-macam jenis pakej internet yang ditawarkan kepada pengguna. 
Tujuannya adalah 1: untuk memberi kemudahan kepada pengguna melayari internet mengikut kadar kemampuan pengguna sendiri.

Pakej yang available di Malaysia:
MAXIS
CELCOM
U-MOBILE
DIGI
STREAMYX
UNIFY
YES




Saya sendiri pernah mengalami masalah ini dan pernah juga memilih pilihan yang salah. Semua tu melibatkan kos. Mana xnya.. sekali daftar RM150 (pakej broadband). Kalu cancel, burn la duit daftar tu. Nak daftar pakej lain, kene lagi RM150...cube bygkan kalu terpaksa buat sehingga 3kali..berapa da modalnya kan? masalah internet tetap x settle..


Oleh itu, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara penting sebelum membuat keputusan:

1) COVERAGE -available atau tidak dikawasan anda
2) SPEED - berapa speed di kawasan anda
3) KUOTA - berapa kuota yang diberi mengikut budget anda
4) BUDGET untuk sebulan



Pengalaman saya menggunakan internet:

STREAMYX : 

Pada mulanya saya menggunakan streamyx (abg ipar punya). Memang ok pada mulanya. Speed pun ok, unlimited access. Tapi sejak kebelakangan ini, internet da xberapa ok. 
LIMITED ACCESS. Dalam sebulan tu hanya 3@4 hari je boleh guna. Byk kali da panggil technician telekom. Alasannya, kawasan kami ni xbyk permintaan untuk diorang upgrade kan system kat sini. Rasa mcm byr saja kan..
Kalu mcm tu, kenapa tawarkan kami pakej ni? Then, dulu xde masalah pun...sejak2 telekom ada pakej baru 1MEG (kalu xsilap sayala) jadi mcm ni...nampak sgt diorang ni xjaga costumer tp lebih pentingkan keuntungan sahaja...



CELCOM BROADBAND 

Then, saya beralih kepada Celcom. Saya gunakan broadband sebab senang nak dibawa kemana2. Itu target saya. Tapi xmenyelesaikan masalah langsung. Masalah celcom ni tawaran speed yang rendah. Saya langgan RM48/month: Kuota 1.5gb ; speed 700kbps (mana la org sekarang pakai kbps). Memang slow la..



U MOBILE 

Sakit hati dengan CELCOM, saya beralih ke U Mobile. U mobile mmg best. RM40/month ; quota 2G; Speed 42mbps. Memang nampak perbezaannya kan..Saya try guna di bandar Kuantan, mmg laju. Tapi sampai je rumah...............lambang ni 'o' je yang appear. Kat Maran xde coverage. Tapi, xsalahkan jurujual tu la..sbb dia da bgtau kat Maran xde liputan. Tapi saya nak juga try bwk balik ke rumah. Nasib baik deposit xburn seperti company lain sekiranya return dlm tempoh 7hari.



MAXIS

Saya beralih ke MAXIS. Byk orang kata MAXIS ni mahal. Mmg betul pun.. Pakej RM48/month ; Speed 42mbps; quota 1.5G pagi 1.5G subuh. Mcm tu pulak.. Ade subuh ada pagi.. Tapi, di kawasan saya ni mmg laju la..Download tu skjp je..tp masalah kuota plak xcukup...Kesimpulannya; semua company fikirkan keuntungan je kan...wlbgmanapun, sekarang ni saya gunakan MAXIS la sbb itu je jalan penyelesaiannya. Pakej RM68/month; speed 42mbps; Kuota 4.0G pg 4.0G subuh. Lgpun, MAXIS juga menyelesaikan 1 lagi masalah saya iaitu masalah smartphone. Saya beli smartphone ni without internet. So, dgn menggunakan MAXIS, saya hanya wireless ke smartphone dan modem ni pun boleh dibawa kemana2, kecil, ringan...so, xperlu la saya beli 1 lagi smartphone kan...da jimat..






Oleh itu, saya grade kan internet ni kepada 1) the best sehingga 7) worst.

1) U MOBILE
2) MAXIS
3) STREAMYX
4) UNIFY
5) CELCOM
6) YES
7) DIGI

bagi kawasan rumah saya yang dekat dengan bandar MARAN ni:

1) MAXIS
2) STREAMYX
3) CELCOM
4) U-MOBILE
5) UNIFY, YES, DIGI 

Part 5) tu saya satukan sekali sebab memang xavailable di tempat saya.



So, the choice is yours...


terpulang pada anda semua..
pesanan saya, survey dulu sebelum buat keputusan ye..


3 ulasan:

Unknown berkata...

wooww....ulasan dan pilihan yang sangat tepat.. ermm nampaknya penulisan blog kak anne semakin hari semakin hebatlah.. i like utk entry ini.. THUMB UP...

maszie71@gmail.com berkata...

suke entry nie..kami dah biasa dok shah alam pakai STREAMYX...skg pindah BBR sikit fining...tak tahu apa yg sesuai...cakap phone pon mcm dalam gua tak clear...

Tanpa Nama berkata...

Kurang setuju... Tetapi thank. Sudi berkongsi